http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Saturday, September 26, 2009

Satu Malaysia /1 Malaysia (Lagu Tema Rasmi)


Baca Seterusnya...

Isu Selcat: PAS timbang tindakan disiplin terhadap Hasan Ali?


PETALING JAYA: PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan Hasan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.


Malah, mStar Online juga difahamkan Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini.

Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya 'mempertikaikan' isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu.

Langkah itu juga dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS, dijadual untuk diadakan 11 Oktober ini tetapi kemungkinan dipercepatkan ekoran pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin yang dihubungi tidak dapat mengesahkan bentuk tindakan disiplin yang kemungkinan diambil.

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

"Saya percaya Jawatankuasa Kerja akan meminta penjelasan daripada Datuk Hasan dalam isu ini. Kami akan mendapatkan penjelasan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil ke atas Hasan, Mahfuz berkata:

"Itu saya tidak tahu, tidak boleh pastikan... ia kena tanya pada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim (Tuan Man) (seorang lagi Naib Presiden PAS)."


Baca Seterusnya...

Vaksin Pencegah Kanser Pangkal Rahim


Kerajaan telah memutuskan bahawa mulai tahun depan remaja-remaja perempuan berumur 13 tahun akan diberikan vaksin untuk mencegah kanser pangkal rahim.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkannya semalam memberitahu bahawa pemberian vaksin tersebut akan dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara.


Difahamkan bahawa kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua yang kerap dihidapi oleh golongan wanita di negara ini selepas kanser payudara.Berkaitan perkara tersebut,Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata:"Wanita Cina di negara ini mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita kaum lain iaitu 23.2 peratus berbanding India (16.4 peratus) dan Melayu (8.7 peratus).
Usaha kerajaan untuk memberi vaksin tersebut ialah sesuatu yang harus dipuji.Ia membuktikan bahawa kerajaan mengambil perhatian serius terhadap kesihatan golongan wanita di negara ini.

Pemberian vaksin tersebut secara percuma juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkannya disebabkan harganya yang agak mahal.Ini sememangnya bertepatan dengan slogan kerajaan 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan'.




Baca Seterusnya...

Friday, September 25, 2009

Ops Sikap Gagal Penuhi Matlamat


Dalam Buletin Utama TV3 malam ni,saya tertarik dengan satu berita.Berita tersebut mengenai Ops Sikap ke-20 yang dijalankan oleh pihak polis sempena musim perayaan aidilfitri.Dalam berita tersebut,Ketua Polis Negara melahirkan kekecewaannya yang teramat sangat dengan kadar kematian yang disifatkannya terlalu tinggi.Sehingga semalam sahaja 210 kematian telah dicatatkan,sesuatu yang menunjukkan betapa kempen Ops Sikap telah gagal mencapai matlamatnya iaitu mengurangkan kemalangan jalanraya bersempena musim perayaan aidilfitri.

Semuanya berbalik kepada sikap pengguna jalanraya kita.Kalaupun kita berhati-hati di jalanraya tetapi orang lain tidak,tak guna jugak.Ada sahaja kemalangan yang berpunca dari kecuaian seorang pengguna jalanraya-memotong di garisan berkembar-sebagai contoh tetapi melibatkan pengguna2 jalanraya yang lain.Tak pasal-pasal beberapa nyawa yang tidak bersalah melayang begitu saja,hanya disebabkan sikap mementingkan diri dan tidak sabar seorang pengguna jalanraya yang 'BODOH'! Maka ramailah yang menangisi kehilangan orang yang tersayang.

Susah sangat ke nak bertimbangrasa dan berhemah di jalanraya?Walhal tempat yang dituju tu kat situ jugak,tak lari kemana pun.Kalau nak pandu laju2 sebab nak menunjuk-nunjuk kehebatan dan kecekapan membawa kereta,jalanraya bukan tempatnya,Tempatnya nun di litar sana tu.

Nyawa bukannya boleh ditukar ganti.Ia juga tidak boleh dibeli dengan wang berjuta mahupun berbilion ringgit.Bila dah hilang,ia tak akan kembali lagi.Kalaupun kita tak ambil berat akan diri kita,nyawa kita,sekurang-kurangnya ingatlah insan-insan yang menyayangi kita.

Baca Seterusnya...

Salah Tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2..lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”



Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee………




Baca Seterusnya...

Thursday, September 24, 2009

Sultan mahu rakyat sokong k'jaan BN


Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan BN agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.

Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu merupakan agenda pembangunan mapan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-kedua belah sungai berkenaan.




"Jambatan Kuala Krau berfungsi memendekkan perjalanan di antara Bandar Tun Razak, Jengka dengan Kuala Krau 20 minit berbanding satu jam sebelum ini yang jaraknya sejauh 55 kilometer.

"Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran," titahnya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau hari ini.

sumber:malaysiakini(edited)

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan titah macam tu sebab BN yang memerintah sekarang.Mestilah tuanku akan menitahkan rakyatnya supaya menyokong kerajaan yang memerintah.Sebab kerajaan yang memerintah lah yang mempunyai kuasa untuk mentadbir negeri.Tetapi harus diingat bahawa setiap 5 tahun,rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan nasib kerajaan yang ada pada masa ini.Katakanlah rakyat dah bosan dengan kerajaan yang ada sekarang,tak mustahil bagi mereka untuk memilih sebuah kerajaan yang baru.Masa tu,sultan pun kena terima pilihan yang dibuat oleh rakyat baginda.



Baca Seterusnya...

Wednesday, September 23, 2009

QUEEN CONTROL..

Ari nie aku ader terbaca blog someone 'Mr.MH' tentang Queen Control yang ada pada sikap setengah perempuan..Actually Queen Control bukan sengaja diadakan..Queen Control jugak bukan segala-galanya bawak keburukan...

  • andai kata si Queen nie control si King, bukan bermaksud nak kawal life si King..maybe ader half Queen berniat nak kontrol life si King agar King tadi ikut jer apa kata dia..yang nie memang tak boleh dan memang salah klu Lelaki ikut kata Wanita..sedangkan Wanita patut dengar kata Lelaki..

  • memang tak salah klu Si King ader Facebook, Myspace, Friendster, Tagged, Hi5 dan yang sewaktu dengannya..dah nama pun tempat nak cari kenalan...mcm biasalah Si King of coz cari kenalan Wanita n Si Queen pulak mencari kenalan Lelaki..tapi bila dah berkapel pandai-pandai la kurangkan aktiviti dalam talian nie@online..bkn penting mana pun..bila dah berkahwin pandai-pandai la kurangkan lagi aktiviti nie.tk berfaedah pun klu takat cari kawan dalam talian nie..belum tentu boleh percaya..
  • perempuan control bukan sebab apa, Lelaki memang mudah digoda n apa-apa yg sewaktu dengannya..sampai melarat lupa rumahtangga, anak-bini..punya gila ngan benda alah nie..sampai bercerai pun ader gara-gara berkenan kat salah sorang "member" online dia..mana tak hangin...dengan org umah dia tak dapat mcm apa dia dapat ngan member online..
  • yang belum kapel pulak lain hal dia..tengah dok kapel ada hati pulak kat salah sorang "member" online..katanya member online lagi better dr awek dia..mula la hati berbelah bagi..malas nk kol awek, nk sms, nk jumpa apa sume..gara-gara hati dah terpaut pada Awek baru..mana tak menyampah..dh berlambak kes mcm nie..
  • selagi belum kenal si Queen jgnlah wat andaian yang perempuan Queen Control..ingat perempuan ni suka ker nk jadi Queen Control..nak wat cmner dah gatal sgt...
  • nak berfacebook ker myspace ker, apa ker tak kisah tapi biar pada niat dia..tak payah la sampai nak pass no fon apa sume..tu belum lagi berYM..siap webcam la pulak..konon nk tgk muka..tgk benda lain pun ader...lagipun laki kan suka benda-benda mcm nie...
p/s: kesimpulannnya belum tentu aktiviti online nie berfaedah n belum tentu "member online" nie berguna untuk dijadikan member..
http://www.akukahmilikmu.blogspot.com/





Baca Seterusnya...

Bila Khir Toyo Bersuara Lagi


Dalam akhbar sinar harian di muka depan hari ini mantan Menteri Besar Selangor(GAMBAR) berkata bahawa Selcat(Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor) hanyalah platform untuk DAP menunjukkan kuasanya dalam kerajan Pakatan Rakyat.Untuk makluman,Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas berakhirnya piliharaya umum ke-12 tahun lepas.

Khir Toyo ni tak habis-habis dengan kenyataannya mengenai Pakatan Rakyat Selangor.Kalau dilihat pada setiap isu yang timbul di Selangor bermula dari tempoh PR mengambil alih tampuk pemerintahan hinggalah ke hari ini,mesti kita akan dapati beliau tidak terlepas dari mengeluarkan ulasan,kecaman,dakwaan mahupun tuduhan-tuduhan yang tidak berasas-tidak lain dan tidak bukan untuk memberi imej negatif kepada kerajaan PR Selangor yang dianggotai oleh PKR,PAS dan DAP.

Macam manalah dia boleh kata yang Selcat tu ialah platform untuk DAP menunjukkan kuasa.Kalau anggota Selcat tu semuanya dari DAP,masuk akallah jugak kata-kata dia.Walhal,keanggotaan Selcat terdiri daripada parti-parti politik yang berbeza.Bahkan ia turut dianggotai oleh dua wakil dari Barisan Nasional! Anggota-anggota Selcat ialah Teng Chang Kim (DAP-Sungai Pinang) selaku Pengerusi, Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing),Ismail Sani (BN- Dusun Tua) dan Sulaiman Abdul Razak (BN - Permatang).

Kenyataan Khir Toyo tersebut saya kira hanyalah usaha terbarunya untuk melaga-lagakan DAP dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain.Mungkin dia berharap agar kata-katanya itu akan membuatkan PKR mahupun PAS berasa bahawa DAP hanya menggunakan jawatankuasa tersebut sebagai wadah untuk melebarkan kuasa dan pengaruh.Nanti bila sudah timbul rasa tidak puas hati,akan bermulalah bibit2 perpecahan dalam PR.Mungkin inilah yang dimahukan oleh Khir Toyo.

Saya percaya yang pemimpim-pemimpin PKR,PAS dan DAP di Selangor tidak akan termakan dengan 'umpan' yang dibaling oleh Khir Toyo kali ini.Mereka pastinya sudah masak dengan permainan bekas Menteri Selangor ini yang sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan ikatan kukuh yang telah termeterai antara parti2 dalan Pakatan Rakyat.Memang dia ni tak kan duduk diam selagi PR tak jatuh.Ish3,apa punya oranglah.Lebih baik kerajaan PR Selangor tak layan kata-kata orang yang tak habis meracau sebab kehilangan kuasa ni.Lebih baik tumpukan kepada bagaimana untuk terus menjaga hati rakyat.Itu lebih penting.


Baca Seterusnya...

SIS AGEN MUSUH ISLAM - KETUA DEWAN ULAMA PAS

Bismillahirahmannirahim..

HULU TERENGGANU, 21 Sept:" 'Sisters In Islam' (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang.

"Cuba tanya 'Sisters In Islam' kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

"Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman itu Islam dia tentang, maknanya dia tentang Islam !,"kata Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib yang dipetik oleh Buletin Online ketika ditemui selepas Solat Sunat Eidul Fitri, di Markas Tabiyah PAS Kubang Lembek, Manir, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu hukuman rotan yang dikenakan keatas bekas jururawat yang menjadi model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.

Di bawah dipaparkan kenyataan penuh Dato' Ustaz Harun Taib:
___________________________________________________________

Dalam dunia ini tidak ada benda yang dikatakan tidak salah semuanya dan benar semuanya, maknanya ada kewajipan dan ada hak, oleh sebab itu dalam sesebuah negara itu, dia (negara itu) ada undang-undangnya, kalau disebut dari sudut sesebuah negara.

Kalau kita pergi ke England atau United Kingdom pun dia ada undang-undangnya, sesiapa yang duduk dalam negera itu maka dia kena ikut undang-undang, di Anerika Syarikat pun begitu di Australia pun begitu, orang mari Malaysia pun mesti ada undang-undang. Semua orang yang bersedia untuk duduk (dan tinggal) dalam negara itu, atau ziarah ke negara itu dia bersedia tunduk dan patuh kepada negra itu.

Jadi undang-undang yang dikenakan kepada...
Kartika itu adalah satu undang-undang yang sudah diketahui umum, maknanya dalam masyarakat Islam macam Malaysia, maknanya tidak payah mengaji (belajar) orang tahu arak tak boleh. Arak tak boleh, zina tak boleh, mencuri tak boleh, merompak tak boleh, itu orang panggil maklum minaddin bi darurat - semua orang Islam tahu.

Cuma setiap kesalahan itu ada hukumannya (dan) hukuman itu sudah dimaklumkan. Dalam tiap-tiap negri di malaysia ini, enakmen itu dan kesalahan arak ini ada, jadi kepada perempuan itu (Kartika), dia tidak kritik undang-undang ini, dia tahu dia buat salah, sebagaimana kalau dia buat salah yang lain pun dia kena hukum juga. Kalau orang buah salah (kesalahan) jalan raya dia kena denda juga, tak bolehlah kalau kesalahan jalanraya dia kena denda, dia kata eh....zalim, tapi tak ada orang kata zalim.

Ini undang-undang tentang arak, dia tahu dia tak boleh minum arak, salah disudut undang-undang tapi dia minum, dia tahu, dia sedar, ini kena hukum dan dia rela kena hukum, dimana zalimnya? Kalau dia tak rela, dia tak setuju, dia bantah, mungkin boleh di panggil zalim, tapi tidak ada kesalahan atas dunia ini yang tidak ada hukuman!

Jadi kita nak katakan tindakan 'Sisters In Islam' itu apa dia?

Dia (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang. Cuba tanya Sisters In Islam kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam ! _ Harakahdaily -


http://rubbertapperz.blogspot.com/




Baca Seterusnya...

Tuesday, September 22, 2009

Duit Raya


Umur dah 23 tahun tapi masih lagi dapat duit raya.Hehe...walaupun hanya dapat sikit je,alhamdulillah.Rasa macam diri ni masih kanak-kanak pulak.Yelah,sebelum raya memang tak terpikir langsung pun yang diri saya yang dewasa ni akan dapat duit raya.Tapi bila sampul duit raya dah dihulur,tak kan nak tolak kan.Hatta kalau mulut saya ni kata"Eh,tak pelah..." tapi hati pulak kata"Duit tu...apa lagi,ambil jelah." Sedar tak sedar tangan dah pun pegang sampul duit raya dan senyuman pun terukir di bibir,senyum kepuasan dan keterujaan.












Bukan lah saya ni mata duitan,tapi bila dah dapat duit raya,rasa macam dah jadi kanak-kanak balik.Teringat semasa kecik-kecik dulu bila pergi beraya dengan kawan-kawan,sebab nak kumpul duit raya punya pasal,dari pagi sampai petang tak berhenti-henti beraya,dari satu rumah ke satu rumah.Bezanya masa tu duit raya tak lah semewah sekarang.Dulu hanya dapat 30 sen,50 sen dan paling mewah pun dapat seringgit.Kalau dapat dua ringgit,itu dah dikira luar biasa.Macam dapat bonus je.

Hari ni pergi beraya lagi dengan keluarga.Entah dapat lagi entah tidak.Kalau dapat,baguslah dan kalau tak dapat,tak mengapa.Lagipun yang penting ialah dapat beraya dengan keluarga.Beraya ke rumah jiran tetangga dan saudara mara serta makan pelbagai jenis kuih dan biskut.Hehehe...

Baca Seterusnya...

Monday, September 21, 2009

LAWAK BUDI BAHASA LRT


Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!

http://applecrispy09.blogspot.com/

Baca Seterusnya...

Sunday, September 20, 2009

Isu Selcat: Pakatan Selangor tiada krisis hanya Hasan Ali dilanda krisis, kata Teng

SHAH ALAM: Tiada krisis dalam Pakatan Rakyat Selangor, hanya Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang berhadapan dengan krisis. Demikian tegas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim semasa ditanya mengenai isu terbaru - Selcat - menghantui kerajaan negeri Selangor.

"Saya merasakan beliau (Dr. Hasan) dalam krisis, bukannya Pakatan. Pakatan tiada dalam krisis sehingga sekarang. Kita kukuh, kami mempunyai mandat yang kukuh.

"Saya melihat (Menteri Besar) Tan Sri Khalid Ibrahim menikmati populariti yang cukup tinggi... orang ramai gembira dengan apa yang beliau lakukan, orang ramai gembira dengan pembaharuan dilakukan beliau termasuk pembaharuan kepada Dewan Undangan Negeri.

"Jadi, jika ada sesiapa yang tidak boleh duduk bersemuka dengan Tan Sri Khalid, itu adalah krisis mereka, bukan krisis Tan Sri (Khalid).

"Adalah tidak adil untuk mengatakan krisis Tan Sri," kata Teng ketika diminta mengulas isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Teng mengulas kenyataan Hasan yang diberikan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri/Menteri Besar yang dihadiri kedua-dua mereka.

Teng yang mempengerusikan Selcat, dianggotai tujuh anggota termasuk dua wakil Barisan Nasional (BN), mengulas isu Selcat yang dikritik apabila pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa tersebut.

Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi, selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Katanya, siasatan diketuai Teng dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Selcat akan mengadakan pertemuan susulan selama lima hari bermula 21 Oktober ini.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Anggotanya terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

sumber:mstar(edited)


Baca Seterusnya...

Tradisi rumah terbuka


Sesuatu yang menarik dengan sambutan hari raya aidilfitri di Malaysia ialah kewujudan rumah terbuka yang diadakan bermula dari hari raya pertama hinggalah ke penghujung bulan Syawal yang mulia ini.Pada hari raya pertama,biasanya rumah terbuka akan diadakan oleh pemimpin2 negara seperti rumah terbuka Perdana Menteri yang diadakan pada hari ini di Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri ataupun pemimpin2 negeri seperti rumah terbuka Menteri Besar Selangor bertempat di Pusat Konvensyen Selangor,Shah Alam.
Bagusnya dengan rumah terbuka ini ialah kita dapat lihat kehadiran ramai orang daripada pelbagai bangsa-Melayu,Cina,India dan lain-lain lagi-menunjukkan betapa uniknya Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.Di situlah terpancarnya semangat perpaduan rakyat Malaysia apabila mereka bersama-sama duduk sebelah menyebelah,berkongsi meja dan tempat makan sambil menikmati juadah enak yang disediakan.
Rumah terbuka menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,agama,mahupun fahaman politik boleh berada bersama-sama di dalam satu majlis,bertukar-tukar ucapan selamat hari raya dan senyuman sesama mereka. Di majlis seperti inilah mereka melupakan sebentar segala perbezaan dan perselisihan yang mereka miliki pada hari2 biasa kerana pada hari ini,semua perselisihan dan perbezaan tersebut tiada gunanya jika dibandingkan dengan semangat muhibah yang dapat mereka lihat dan rasai sendiri.Jika ada satu hari di mana mereka boleh melakukannya,inilah harinya-hari raya.

Baca Seterusnya...