http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Saturday, September 19, 2009

Lagu raya untuk anda


Baca Seterusnya...

Hari Terakhir Berpuasa



Sedar tak sedar kita sudah pun sampai ke penghujung bulan Ramadan. Esok ialah hari yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia-Hari Raya Idulfitri-walaupun ada beberapa negara Islam ataupun negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam telah pun menyambutnya hari ini.

Setelah hampir sebulan kita berada di bulan yang menuntut kita supaya menahan lapar dan dahaga di siang hari,supaya kita dapat menyelami perasaan dan penderitaan orang2 tidak bernasib baik,yang hanya mampu makan sekali sehari, kemudian di malamnya pula kita digalakkan untuk bersama-sama menunaikan solat terawih di dalam satu jemaah,kita kini berada di ambang satu hari di mana kita semua, tak kira tua mahupun muda,lelaki mahupun perempuan akan sama2 menyambutnya dengan tahmid kesyukuran kepada Ilahi.

Sudah pastinya ramai di antara kita pada hari ini sibuk dengan kerja masing-masing. Ada yang mengemas dan menghias rumah,ada yang menganyam ketupat,ada yang membakar lemang dan tak lupa juga ada yang pada hari ini baru nak menunaikan zakat. Sebahagian umat Islam juga ada yang menjadikan hari ini sebagai hari terakhir untuk membeli-belah,kerana biasanya pada ketika inilah mereka akan dapat membeli barang dengan harga yang murah(selepas diskaun).

Kanak-kanak pula dengan aktiviti-aktiviti mereka yang tersendiri di hari terakhir bulan Ramadan ini. Ada yang berkumpul sesama mereka untuk membincangkan rumah mana yang wajib di'serbu' pada hari raya nanti. Tujuan mereka hanya satu iaitu untuk mendapatkan duit raya sebanyak mungkin. Ada juga yang sibuk membeli dan mengumpul 'senjata-senjata' yang diperlukan untuk berperang pada malam raya nanti. Harap-harapnya tiada yang menjadi mangsa dalam perang itu nanti.

Apa sahaja yang dilakukan pada hari ini,semuanya ialah untuk menyambut hari kegembiraan,kemenangan dan kebesaran bagi umat Islam. Hari di mana mereka semua bergembira disamping memohon kemaafan di atas salah silap sepanjang setahun yang telah berlalu serta menghidupkan budaya kunjung-mengunjung sesama mereka.Itulah dia hari raya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


Baca Seterusnya...

Friday, September 18, 2009

Petua Menghilangkan Sakit Tekak


Ada seseorang beritahu saya,kalau sakit tekak minumlah air suam banyak2,ataupun minum air asam jawa. Oleh kerana saya sedang berpuasa,maka tak dapatlah saya mencuba petua yang diberikan. Nak tak nak,kenalah tunggu sampai waktu berbuka.




Sebelum berbuka,saya pun belilah sebotol air asam jawa. Nak buat sendiri,takut tak jadi. Lagipun bukannya mahal sangat pun. Saya tak pikir sangat pasal harga,sebab sakit tekak punya pasal,asal boleh hilangkan atau sekurang-kurangnya meredakan sakit tekak saya ni,itu dah memadai.

Bila azan maghrib berkumandang menandakan bahawa telah masuk waktu berbuka puasa,saya pun minum air asam jawa yang saya beli. Minum sikit-sikit,sebab rasanya yang masam jadi tak boleh minum cepat-cepat sekaligus. Lepas minum beberapa teguk,saya dapat rasakan bahawa sakit tekak saya dah kurang. Alhamdulillah, sekarang ni rasa sakit tekak tak lah seteruk siang tadi. Dah reda sikit kesakitan yang saya alami.

Jadi, jikalau anda sakit tekak,minumlah air asam jawa. Insyaallah,anda akan dapati ianya berkesan untuk menghilangkan sakit tekak yang anda alami. Kalau tak de asam jawa pun,minumlah air suam banyak2. Petua ini saya kongsi dengan anda untuk anda amalkan bila anda menghadapi masalah yang sama seperti saya. Lagipun tak salah untuk berkongsi ilmu bila ianya untuk kebaikkan kita.



Baca Seterusnya...

Samy Vellu satu liabiliti pada BN - Dr Mahathir

PUTRAJAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri juga kalah.



"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"

Tindakan Dr Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.

Dr Mahathir berkata pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.

"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.

"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.

"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.

Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Dr Mahathir berkata apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.

Dr Mahathir berkata pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.

"Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.

"Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.

Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.

Dr Mahathir juga berkata Samy Vellu tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.

Samy, kata Dr Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.

"Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong," kata Dr Mahathir.

Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.

"Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.

"Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orng Melayu, saya perlu tegur," kata Dr Mahathir. BERNAMA


Baca Seterusnya...

Kurang Sihat


Rasa perit je tekak ni. Mula rasa sakit sejak semalam,tapi semalam lagi teruk. Kena sekali ngan selesema.Lepas makan ubat usai sahur pagi tadi,selesema dah tak de. Tapi tekak masih lagi rasa sakit. Sabar2,inilah ujian yang saya kena hadapi, lantaran menahan lapar dan dahaga.


Dikala diri ini menahan kesakitan,tersedar saya akan betapa berharganya nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh tuhan kepada kita. Memanglah apabila kita sihat,kita tak pernah langsung atau tak pernah terlintas di fikiran kita akan wujudnya nikmat yang dipanggil "kesihatan".Tup2 bila sakit,baru kita kenal dan jumpa kembali nikmat tersebut yang mana sebelum ini hilang dari kotak pemikiran kita.


Jadi nasihat saya kepada anda semua, jagalah kesihatan,lebih2 lagi dengan hari raya yang bakal menjelma tak lama lagi. Janganlah orang lain bergembira pada hari tersebut,kita pula yang terpaksa menahan diri daripada merasai kegembiraan bersama-sama mereka.Ingat,hari raya ialah hari kegembiraan bagi kita semua selepas sebulan berpuasa.Jadi,ceriakanlah hari tersebut dengan senyuman dan gelak ketawa.






Baca Seterusnya...

Thursday, September 17, 2009

Bonus RM 500


Beruntungnya bagi kakitangan2 kerajaan di tiga buah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat apabila ketiga2nya mengumumkam pemberian bonus hari raya berjumlah RM 500. Negeri-negeri tersebut ialah Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Bagi Selangor dan Kedah,pembayaran dilakukan sekaligus,manakala bagi Pulau Pinang pembayaran dibuat dalam dua peringkat.

Wah...bertuah sungguh kakitangan kerajaan ketiga-tiga negeri tersebut,lebih2 lagi negeri Selangor dan Kedah, kerana bonus sebanyak RM 500 dibayar sekaligus,dan ianya lebih baik daripada bonus yang diumumkan oleh kerajaan persekutuan bagi kakitangan awam. Bagi kakitangan kerajaan persekutuan,bonus ialah dalam jumlah yang sama,cumanya ia dibayar dalam dua peringkat iaitu RM 250 sebelum raya dan bakinya selepas raya.


Pembayaran bonus tersebut menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat sememangnya mengambil berat akan kebajikan pekerja2 mereka. Bagaimana pula dengan negeri2 yang lain agaknya?Harap2 negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh PR akan turut memberi bonus kepada kakitangan2 mereka. Biarlah kegembiraan kakitangan kerajaan negeri
Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dirasai juga oleh rakan2 mereka di negeri2 yang lain. Bukankah hari raya ialah masa untuk semua orang bergembira.

Bila dah dapat bonus 2,pandai-pandailah untuk merancang perbelanjaan. Beli ikut kemampuan dan keperluan, bukan untuk menunjuk-nunjuk,dan kalau boleh simpan sedikit daripada wang bonus tersebut, simpanlah. Itu lebih baik daripada menghabiskan kesemua wang tersebut semata2 untuk beraya sakan. Walaupun saya masih belum bekerja dan belum merasai wang hasil titik peluh sendiri,tetapi saya tahu bahawa wang memang susah untuk dicari tapi senang untuk dihabiskan. Jadi,kalau dah susah nak cari,kan lebih baik disimpan sedikit demi sedikit, untuk masa depan kita jugak kan?




Baca Seterusnya...

Wednesday, September 16, 2009

'Rasul Melayu' tidak puasa semasa ditangkap - Pengarah JAIS

SHAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi tadi.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.



"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam.

"Kita kesan dia di Sungai Long, setelah beliau berpindah ke sana, kita dapat maklumat dari orang awam mengesahkan yang dia telah berpindah ke Sungai Long.

"Jadi kita buat intipan beberapa hari untuk sahkan dia memang ada di situ dan kita buat serbuan pagi tadi," katanya.

Menurut beliau, ketika serbuan dibuat, anak lelaki Abdul Kahar yang dikenali sebagai Zulhelmi serta orang gaji mereka turut berada dalam rumah tersebut.

Abdul Kahar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini tengah hari tadi dan diperintahkan supaya ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Mahkamah turut menetapkan 24 September ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.

Dalam sidang media yang sama, Mohammed Khusrin juga memaklumkan pihaknya kini sedang mengumpulkan maklumat untuk mengambil tindakan terhadap anak lelaki Abdul Kahar yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran sesat melalui internet.

"Kita akan ambil tindakan terhadap Zul (Zulhelmi) kerana sekarang ini risalah-risalah mengenai ajaran sesat mereka disebarkan melalui internet.

"Mereka sebarkan melalui internet...ada laman blog sendiri, kita tunggu masa, bila kita dah cukup bukti kita akan ambil tindakan," katanya.

sumber: mstar online


Baca Seterusnya...

JQAF ke sekolah menengah



Program pengajaran JQAF(Jawi Al-Quran Bahasa Arab dan Fardhu Ain) yang sebelum ini dilaksanakan di sekolah rendah, akan dilaksanakan pula di sekolah menengah. Cadangan mengenainya dibuat dalam mesyuarat mengenai halatuju pengajian aliran agama yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra semalam.

Beliau dalam mesyuarat yang sama turut mengumumkan bahawa pelajar2 lulusan stam kini sudah boleh diterima masuk ke ipta2 apabila pihak JPA telah memberi pengiktirafan kepada sijil tersebut.

Walaupun ia (perlaksanaan JQAF di sekolah menengah) masih di peringkat cadangan, tetapi sudah pasti ia merupakan satu berita gembira yang dinanti-nantikan oleh ramai graduan mahupun bakal graduan daripada bidang agama. Ia menunjukkan yang kerajaan mengambil berat akan nasib mereka dan sama sekali tidak meminggirkan bidang agama daripada arus pembangunan negara.

Saya yang merupakan salah seorang daripada ribuan bakal graduan bidang agama menyambut berita ini dengan hati yang cukup gembira. Sekurang2nya saya dan ramai lagi orang seperti saya tahu bahawa kami mempunyai peluang pekerjaan apabila tamat pengajian kelak.Harapnya cadangan tersebut akan menjadi kenyataan dan dilaksanakan secepat yang mungkin.


Baca Seterusnya...

Malaysia bakal sertai Formula One



Tahun depan kalau tiada aral yang melintang, insyaallah kita akan dapat menyaksikan kemunculan satu lagi pasukan baru dalam dunia sukan permotoran Formula One. Pasukan dari negara kita yang tercinta yang diberi nama 1Malaysia F1 Team.Pengumaman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Sebelum ini,Malaysia sudah pun terlibat dalam F1, tetapi bukan sebagai satu pasukan. Penglibatan Malaysia ketika itu hanyalah dari aspek penajaan dan perkongsian kepakaran apabila Petronas sebagai sebuah syarikat di bawah kerajaan menaja pasukan Sauber Racing Team.

Baguslah kalau kerajaan serius untuk terbabit dalam sukan F1 ni melalui penubuhan pasukan 1Malaysia. Lagipun usaha tersebut melibatkan kerjasama Proton sebagai pengeluar kereta nasional negara dengan Lotus iaitu suatu jenama pengeluar kereta yang terkenal dari England. Diharapkan melalui kerjasama tersebut, Proton akan lebih menjadi lebih berdaya saing dan mampu untuk mengeluarkan kereta yang setaraf dengan kereta jenama2 yang terkenal di dunia. Selain itu, penyertaan Malaysia di dalam F1 juga akan menaikkan lagi nama Malaysia di mata dunia, menunjukkan Malaysia walaupun masih lagi berstatus negara membangun tetapi berupaya untuk menyertai sukan tersebut melalui pasukannya sendiri.





Baca Seterusnya...

Khairy Jamaludin sebagai pemandu teksi


Baca Seterusnya...

Tuesday, September 15, 2009

Suami aktivis anti-ISA dibebaskan

Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.

Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka telah insaf.


Mat Sah Mohamad Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Pembebasan itu dibuat bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini.

Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.

Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah.

Ketiga-tiganya, yang dituduh terlibat dalam jaringan JI, ditahan bawah akta itu pada 30 Mei 2007.

Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

sumber:malaysiakini

Baca Seterusnya...

Monday, September 14, 2009

Manga & Anime

Manga(disebut mangga) merupakan panggilan yang orang Jepun berikan untuk apa yang kita kenali sebagai komik. Manakala anime pula ialah manga yang telah dianimasikan di mana biasanya akan ada babak2 tambahan yang tidak ditemui di dalam manga. Mangaka ialah gelaran yang diberikan kepada pelukis manga. Beliau jugalah yang beperanan sebagai penulis.


Kerjaya sebagai mangaka boleh memberi pulangan yang lumayan, itupun jika manga yang dicipta menjadi terkenal,bukan setakat di Jepun bahkan di seluruh dunia. Antara pelukis manga yang terkenal ialah Akira Toriyama dengan manganya yang begitu diminati oleh jutaan manusia di seluruh dunia-Dragon Ball-pada tahun 80 an & 90 an. Manakala pada masa kini pula,saya boleh katakan bahawa antara manga2 yang terkenal ialah Naruto oleh Masashi Kishimoto dan One Piece olah Eiichiro Oda. Kedua siri masih lagi berjalan sehingga sekini.

Jika anda berminat untuk membaca pelbagai jenis manga atau memuat turunnya secara percuma,anda boleh klik pada link website yang saya sediakan si sebelah kanan blog saya. Ada juga link untuk websites yang membolahkan anda mendowload puluhan malahan ratusan anime,semuanya secara percuma.

Selamat meng
enali dunia anime & manga.

Baca Seterusnya...

11 Okt pilihan raya Bagan Pinang

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.


Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.

Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.

"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama," katanya.

Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa (lihat carta).

"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.

Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.

"Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.



Sumber:Malaysiakini(edited)

Baca Seterusnya...

Sunday, September 13, 2009

Kedah sudah ada undang-undang penjualan arak - MB


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak mengetahui mengenai cadangan kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti dibangkitkan oleh Dewan Pemuda Pas.

"Semalam saya bermesyuarat dengan Dewan Pemuda Pas Pusat tapi tiada yang membangkitkan perkara ini. Saya kena dapatkan maklumat mengenainya terlebih dahulu," katanya ketika ditanya mengenai cadangan dewan berkenaan.


Azizan berkata beliau tidak melihat cadangan itu sebagai satu keperluan mendesak memandangkan Kedah sudah ada undang-undangnya sendiri berhubung kaedah penjualan arak.

"Di sini hanya kedai-kedai tertentu sahaja yang diberikan lesen penjualan arak kerana ada penganut agama lain yang minum arak kerana agama mereka tidak mengharamkannya.

"Saya rasa tiada masalah bagi orang Islam kerana mereka tahu memang haram minum arak," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kulim, Lim Soo Nee sebagai anggota Exco Negeri yang baru di Istana Anak Bukit, di sini Ahad.

Azizan bagaimanapun melahirkan rasa terkejutnya mengenai cadangan supaya kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mengharamkan terus penjualan arak di negeri yang mempunyai majoriti umat Islam.

"Bila pula Dewan Pemuda Pas ada kuasa ke atas kerajaan negeri," kata Azizan.

Timbalan Pengerusi Dewan Pemuda Pas, Azman Shapawi Abd Rani berkata semalam mereka akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak itu. BERNAMA


Baca Seterusnya...