http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Sunday, October 25, 2009

Mula Cari Kerja


Pengajian saya di universiti hanya tinggal tak sampai seminggu.Lepas ni exam final akan bermula,dan selepas habis semua kertas, ia menandakan bahawa hidup saya sebagai mahasiswa u juga akan berakhir.

Sudah ada rakan-rakan saya yang mengisi borang permohonan kerja.Saya juga tak terkecuali. Sebenarnya kursus seperti saya ni boleh dikatakan tak banyak peluang pekerjaan sangat.Paling nampak pun bidang pendidikan yang menyediakan banyak peluang untuk graduan-graduan seperti saya.Tapi dengarnya pengambilan untuk KPLI JQAF awal tahun depan tak ada.Begitu jugak dengan DPLI.

Bila difikirkan,rasa risau jugak kalau2 selepas tamat belajar nanti kena ''tanam anggur" di rumah.Kalau sebulan dua,bolehlah tahan jugak.Tapi kalau berbulan2 tak dapat jugak kerja,boleh kena tekanan perasaan jadinya.Yelah,mak bapak dah mula tanya2-kau ni bila lah nak dapat kerja agak2nya ye?Tu belum saudara mara lagi tanya.

Walaubagaimanapun,saya percaya rezeki ada di mana2 sahaja.Hanya tinggal kita mencarinya sendiri dan berusaha tanpa mengenal erti putus asa.Tak semestinya kalau saya seorang graduan lulusan Bahasa Arab, saya tak boleh mohon kerja selain guru.Saya percaya banyak lagi kerja yang berkaitan dengan bidang saya ni.Tinggal nak cari dan mohon.Hidup kita ni kalau semuanya mudah,tak perlu susah payah,bukanlah hidup namanya,tapi angan2 ataupun fantasi.Cari kerja susah,nak jadi kaya susah,nak jadi terkenal susah,nak kawin susah...tak denye yang mudah2 belaka.Betul kan?Fikir-fikirkanlah.



Baca Seterusnya...