http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Saturday, February 13, 2010

Memang Tak Percaya Pun..

Apabila semalam saya tengok berita kat tv(tv mane lagi,tv yang mengampu kerajaan la..) yang menyiarkan laporan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah membatalkan sambutan maulidurrasul tahun ini,dalam hati ni berkata:TAK BOLEH PERCAYA NI!

Timbalan Perdana Menteri yang diminta mengulas mengenainya ape lagi,terus kata kerajaan Pulau Pinang tak sensitif lah,tak patut lah,bla,bla...

Tapi sebenarnya laporan tu hanyalah satu pembohongan semata-mata.Ish2,kenapalah tak siasat dulu sebelum mengulas,kan dah MALU.Kalau tak percaya,baca berita kat bawah.

Pulau Pinang teruskan perarakan Maulidur Rasul

Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 13 Feb: Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini.

Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.

"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.

Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.

Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman.

Program 'Himpunan Ummah' pagi itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di dalam dewan di samping mendengar ulasan daripada pakar motivasi terkenal tanahair, Ustazah Bahyah Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria.

Buat pertama kalinya semasa sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri melakukan kelainan apabila mewujudkan kelas ilmu selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri.

Kelas yang menceritakan sirah Rasullulah s.a.w. itu disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri, Ustaz Rosli Othman.

sumber:harakahdaily


Baca Seterusnya...

Tuesday, February 9, 2010

Kecewanya...

Sesuatu yang mengecewakan apabila mengetahui keputusan mahkamah persekutuan berkenaan dengan kes siapa menteri besar Perak yang sah.Kelima-lima hakim sepakat untuk memihak kepada Zambry.Ura-ura yang mengatakan bahawa Nizar akan menang dengan keputusan 3-2 rupa-rupanya hanya omongan kosong semata-mata.Keputusan ini menuntut kita supaya bersabar,dan sebaiknya kita tidak terus bersedih dengannya.Hari esok masih ada.Perjuangan untuk menuntut kembali apa yang telah hilang di Perak perlu diteruskan.



Jadikan PRU 13 sebagai medan untuk meraih kembali kepercayaan rakyat.Khidmat kepada rakyat perlu diutamakan dan diberi keutamaan.Adalah lebih baik kita tidak terus terbelenggu dengan isu MENTERI BESAR ini,kerana kalau kita terus-menerus megharapkan mahkamah sekalipun,pastinya kita sudah boleh mengagak keputusannya.




Baca Seterusnya...

Monday, February 8, 2010

9 Februari 2010-Nizar atau Zambry?

Sudah lama saya tak menulis tentang politik.Saya ni memang minat sangat dengan politik,lebih2 lagi politik di Malaysia ni.Disebabkan politik,macam2 isu timbul.Lepas satu timbul kemudian tenggelam,timbul pulak yang baru.

Ok,tentunya mereka2 yang berminat dengan politik pasti ternanti-nanti dengan penuh debar akan apa yang akan diputuskan oleh panel lima hakim mahkamah persekutuan esok berhubung kes menteri besar Perak.Samaada Zambry terus memegang jawatan menteri besar yang disandangnya sekarang atau ianya akan dikembalikan semula kepada Nizar,segalanya akan diketahui esok.



Semua ini bermula apabila 3 orang adun daripada Pakatan Rakyat-2 daripada PKR dan 1 daripada DAP-mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi adun bebas lalu memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.Ini menyebabkan BN memiliki majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri.Nizar yang ketika itu menjadi MENTERI BESAR telah berjumpa paduka sultan Perak untuk memohon perkenan baginda bagi pembubaran dun,tetapi sebaliknya beliau telah diminta oleh tuanku sultan untuk melepaskan jawatannya.Beliau enggan meletakkan jawatannya,bukan kerana berniat untuk menderhaka kepada sultan,tetapi kerana tidak mahu tunduk kepada permainan politik kotor BN yang merampas kuasa dengan cara yang tidak demokratik.Sudah terang lagikan bersuluh,setelah beberapa hari 2 adun PKR menghilangkan diri,tiba2 mereka berdua muncul membuat sidang akhbar bersama Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Bermula dari situlah episod hitam dalam demokrasi negeri Perak bermula.Perlantikan Zambry sebagai menteri besar yang baru walaupun Nizar belum lagi melepaskan jawatan telah menyebabkan kes berkenaan dibawa ke mahkamah.Nizar menang di MAHKAMAH TINGGI,tetapi tewas di mahkamah rayuan yang mana hakimnya hanya membacakan keputusan penghakiman dalam tempoh hanya 5 minit!Sesuatu yang agak menghairankan sama sekali.



Tidak berpuas hati,Nizar telah membawa kes tersebut ke mahkamah persekutuan, dengan harapan keputusan akan berpihak kepadanya,bukan untuk menunjukkan yang beliau seorang yang gila kuasa,tetapi hanya mahukan kemelut politik negeri Perak berakhir di tangan rakyat apabila dun dibubarkan kelak.
Sama-samalah kita berdoa agar kemenangan akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar.

Baca Seterusnya...