http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Saturday, September 12, 2009

Bermulanya Cuti Raya





Hari ni UIA dah start cuti raya. Keadaan kat sini pun makin lama makin sunyi. Yelah,ramai student yang balik. Walaubagaimanapun,kali ni merupakan cuti paling lama yang pernah pihak UIA bagi kat pelajar2nye. Dua minggu tu...memang lamalah. Sempatlah puasa seminggu kat rumah bersama keluarga.

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat balik kampung kepada semua student Universiti Islam Antarabangsa, tak kiralah ke negeri mana anda pulang dengan doa agar anda selamat sampai ke destinasi masing2.
Dan pantun di bawah saya tujukan khas kepada mereka2 yang nak balik ke kampung:

Lagi 2 minggu hari raya,
Tinggalkan kota balik ke desa,
Berhati2lah di jalan raya,
Sayangi nyawa dan orang tercinta.



Baca Seterusnya...

Politik Perkauman

Bila disebut pasal politik,serta merta kita akan teringat kepada beberapa nama parti politik yang terkenal di Malaysia ini. Majoriti parti politik di negara ini secara umumnya mewakili suatu2 kaum. UMNO dan PAS mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina, MIC mewakili orang India dan beberapa lagi parti politik di Sabah dan Sarawak yang mewakili kaum peribumi masing2. Hanya sedikit parti sahaja yang mendakwa mereka ialah parti yang mewakili pelbagai kaum, seperti PKR dan GERAKAN.

Boleh dikatakan bahawa parti2 politik yang ditubuhkan untuk kaum2 tertentu tersebut berjuang untuk membela dan menegakkan hak kaum masing2. UMNO sebagai contoh, sentiasa konsisten dalam perjuangannya membela nasib dan hak orang2 Melayu, serta sentiasa berada di barisan hadapan dalam menentang pihak2 yang cuba menggugat keistimewaan yang dimiliki oleh kaum tersebut.


MCA pula dengan perjuangannya dalam memastikan kaum Cina di negara ini tidak terpinggir dari arus pembangunan dan kemodenan negara, dan dari mengecapi nikmat kekayaan dan kemakmuran hasil bumi Malaysia yang bertuah ini. Mereka kelihatan berjaya apabila sektor perniagaan nampaknya didominasi secara umumnya oleh orang2 Cina.

MIC yang menjadi parti komponen ketiga terbesar di dalan Barisan Nasional masih lagi berusaha untuk menaiktarafkan kehidupan kaum India di negara ini. Ia masih lagi berjuang dan akan terus berjuang untuk nasib orang2 India di negara ini. Satu fakta yang tidak dapat dinafikan ialah walaupun selepas 52 tahun Malaysia mengecapi nikmat kemerdekaan, tetapi kaum ini masih lagi ketinggalan berbanding kaum Melayu dan kaum Cina dari segi perniagaan,pendidikan,tempat tinggal dan lain2 lagi.

Persoalannya di sini, adakah parti2 politik yang disebutkan di atas kesemuanya mengamalkan politik perkauman hanya sebab mereka berjuang untuk hak2 kaum mereka sendiri?Saya berpandangan bahawa ianya bukan politik perkauman sama sekali. Setiap organisasi ataupun pertubuhan pastinya mempunyai tujuan di sebalik penubuhannya. Jikalau ia tidak mempunyai apa2 objektif,nescaya ia tidak akan bertahan lama. Jadi,perjuangan membela hak dan nasib kaum masing2 merupakan tujuan bagi penubuhan parti2 politik tersebut.

Akan tetapi, jika sesebuah parti politik yang berasaskan kaum itu menghina kaum yang lain,samaada dengan kata2 ataupun tindakan,serta menghalang kaum lain daripada memperolehi sesuatu yang menjadi hak mereka,inilah yang dipanggil sebagai politik perkauman.

Tindakan sekumpulan orang Melayu dari sebuah parti politik baru2 ini yang mengarak dan memijak kepala lembu di hadapan pintu pagar bangunan Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan Menteri Besar Selangor boleh dianggap sebagai penghinaan kepada kaum India. Ini kerana lembu merupakan binatang yang dianggap suci oleh kaum tersebut. Semuanya berpunca dari isu pemindahan kuil Hindu dari seksyen 19 Shah Alam ke seksyen 23.

Perbuatan mereka yang beragama Islam tersebut merupakan sesuatu yang sangat memalukan. Lagi memalukan ianya dilakukan di bulan Ramadan. Ia bukan sahaja boleh membangkitkan rasa benci orang2 India,bahkan memberi imej yang buruk kepada Islam, sepertinya Islam ini membenarkan penganut2nya menghina agama2 lain,sedangkan hakikatnya bukan begitu.

Itulah akibatnya jikalau kita terlalu taksub dengan bangsa sendiri sehingga sanggup untuk meninggalkan pertimbangan akal dan kewarasan. Apabila sudah mengikut perasaan, hanya perbuatan bodoh sahaja yang akan keluar dari diri seseorang. Mereka yang terlibat di dalam insiden kepala lembu tersebut sanggup menggunakan agama demi untuk menjayakan kepentingan politik mereka yang sempit. Bagi mereka, untuk kembali berkuasa,apa sahaja cara halal untuk digunakan, dan salah satunya ialah melalui "politik perkauman".



Baca Seterusnya...

Thursday, September 10, 2009

Barang Berjenama dengan Harga yang Berpatutan






Inginkan anda memakai barangan yang berjenama seperti jam,beg tangan,dompet dan pelbagai aksesori2 lain tetapi kekangan kewangan membantutkan niat anda? Kalaulah ada diberi peluang untuk memiliki barangan2 yang 'branded' dengan harga yang murah,mahukah anda mengambil peluang tersebut?

Jika jawapan anda ialah YA,jadi apa kata anda klik link di bawah ini. Memperkenalkan kepada anda lelong.com.my-Malaysia Auction & Online Shopping-tempat di mana anda berpeluang untuk mendapatkan barang2 berjenama pada harga yang MAMPU anda miliki. Tak percaye? lawatlah sendiri laman web ini dulu, dan rasai keTERUJAan melihat pelbagai 'branded items' dengan harga yang anda sendiri tidak percaye.

http://www.lelong.com.my/
Baca Seterusnya...

Wednesday, September 9, 2009

Arabic Keyboard


Pernakah anda menghadapi situasi seperti ini?

Anda pergi ke Cyber Cafe kerana ingin mencari maklumat yang diperlukan untuk assignment anda. Maklumat yang anda ingin cari pulak dalam Bahasa Arab. Selepas menempah sebuah komputer,anda pun duduk dan jari jemari anda pun mula memegang keyboard komputer. Tiba2 baru anda perasan yang keyboard tersebut tak de huruf2 atau abjad2 arab! "Masalah ni,apa yang aku nak buat sekarang,assignment kena hantar esok,habislah aku",anda berkata di dalam hati.

Jangan risau, anda klik saje link di bawah,dan anda akan terus dibawa ke sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan arabic keyboard secara online. Oleh sebab huruf2 Arab kebanyakkannye sama je ngan huruf2 jawi, online arabic keyboard ni pun boleh digunakan jikalau anda ingin menaip dalam tulisan jawi. Taip je sebanyak mana yang anda inginkan,kemudian copy n paste ke Microsoft Word. Mudah bukan?

http://www.arabic-keyboard.org/

atau yang ini:

http://arabic.speak7.com/arabic_keyboard.html
Baca Seterusnya...

Tuesday, September 8, 2009

PAS tidak akan bersama Umno pertahankan perkauman



Harakahdaily
Tue | Sep 08, 09 | 11:38:01 am MYT
KUALA LUMPUR, 8 Sept: PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepit.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.

Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.

Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam.

Dalam ucapan itu sekali lagi pemimpin Umno mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam tetapi menegaskan "tidak rela Umno dihina".

Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.

Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.

"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.

Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.

"Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno," kata beliau.

Apabila aktivis-aktivis Umno di Seksyen 23, Shah Alam memainkan isu perkauman dan agama sempit sehingga sanggup membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Pejabat SUK Selangor, Umno sekali lagi tersepit.

"Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu.

"PAS berpendirian tidak menyokong mereka kerana Islam tidak mengajar begitu. Hampir kesemua pemimpin PAS mengambil pendekatan yang diajar Al Quran iaitu jangan kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dibimbangi mereka juga akan menghina Allah," kata Salahudin.

Kini, katanya Umno tersepit dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka.

"Umno kini telah menjadikan perkauman sebagai makanan ruji mereka. Kita tidak akan bersama dengan mereka," kata Salahudin.


Baca Seterusnya...

PM: UMNO tidak akan gadai maruah


KUALA KRAI 7 Sept. – UMNO tidak akan menggadai maruahnya walaupun ia bersedia untuk bersama-sama dengan Pas bagi membincangkan perkara yang menyentuh kepentingan ummah dan Islam di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengulangi kesanggupannya berunding dengan Pas berkata, ia dilakukan semata-mata untuk melihat nasib umat Islam negara ini terus dibela dan dipertingkatkan.

Namun tegasnya, dalam usaha ke arah itu beliau tidak rela UMNO dan mereka yang menyokong parti itu dihina, dipersoal dan diperkecilkan oleh mana-mana pihak.


“Saya sanggup berunding dengan Pas untuk kepentingan Islam tetapi tidak rela UMNO dihina oleh sesiapa sahaja. Kalau nak buat, buat cara baik, jangan perkecil dan pertikai akidah kita, jangan kata kita luaran saja dalam tidak, sebab ini akan menimbulkan kekalutan dalam masyarakat, yang penting kita buat dengan baik.

“Penilaian sama ada yang kita buat diterima atau tidak, itu bukan kerja kita, kerja Allah. Jadi yang penting kita beri tumpuan pada cara UMNO untuk membangunkan umat Islam dan pada masa sama kita tidak lupa untuk berlaku adil kepada bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan pemimpin UMNO negeri. Ia turut disertai kira-kira 4,000 rakyat dari kawasan ini.

Pada majlis tersebut, beliau bersama Rosmah turut menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan yang memerlukan.

Sebelum ini, pemimpin pembangkang terutama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan UMNO dan mendakwa parti itu bukan Islam yang tulen kerana memisahkan agama dan politik malah penyokong UMNO tidak akan masuk syurga.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, dakwaan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang itu tidak benar sama sekali kerana perjuangan parti itu sejak dahulu lagi selaras dengan tuntutan agama.

“Memang benar sejak dahulu lagi apa yang kita lakukan ini selaras dengan tuntutan agama sebab peristiwa yang amat besar apabila mencapai kemerdekaan ialah menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Cuba bayangkan kalau kita tidak merdeka, kita tidak mungkin dapat jadikan Islam sebagai agama Persekutuan, jika Islam tidak menjadi agama Persekutuan tidak mungkin kita mendapat peruntukan yang besar.

“Setiap institusi Islam yang besar, jasa siapa, jasa UMNO. Lihat sistem persekolahan Islam, Tabung Haji, sistem mahkamah syariah, undang-undang keluarga, jasa siapa. Inilah jasa UMNO untuk membangunkan umat Islam negara ini,” tegasnya.

Perdana Menteri berkata, hala tuju UMNO adalah untuk memperjuangkan Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis serta berusaha mengukuhkan akidah umat Islam.

“Kita mahu jadikan negara kita terdiri daripada umat Islam yang progresif dan berjaya, semuanya ini kita berpandu pada slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

“Konsep dan gagasan ini merupakan pelengkap kepada perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu, sama ada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga pemimpin sebelum itu. Semuanya ingin kepada pembentukan satu negara yang bersatu padu,” jelasnya.


Baca Seterusnya...

Bubur Lambuk & Kuih-muih

Menu buka puasa saya hari ni ialah bubur lambuk ngan beberapa jenis kuih-muih. Bubur lambuk free,sebab pihak kolej ada buat majlis pengagihan bubur lambuk untuk penghuni2nye. Memang ianye dah jadi acara tahunan.Jadinye,alhamdulillah.

Mula2 pikir,nanti tak kenyang plak kalo cuma makan bubur ni. Kena ada makanan sampingan,tapi apa ye? Pikir punye pikir,aha...beli kuih jelah.Dipendekkan cerita, kuih pun dibeli.jadi itulah menu berbuka puasa saya pada hari ini.
Baca Seterusnya...

Ayam Berkokok


Bagi mereka yang tinggal di kampung, perasan tak anda bahawa ayam pada waktu malam akan berkokok mengikut masa-masa yang tertentu. Bermula pada pukul 12 tengah malam,kemudian sejam selepas itu, dan sejam selepasnya,dan selepasnya sehinggalah ke waktu subuh.

Biasanya, kokokan seekor ayam akan disahut oleh kokokan ayam2 lain di tempat2 yang berbeza, tak kiralah dekat seperti ayam di rumah jiran anda ataupun jauh seperti ayam di kampung sebelah.

Bagaimana ye ayam2 tersebut boleh tahu waktu2 yang tepat untuk mereka berkokok? Bukannye mereka ada jam. Apa pulak tujuan mereka berkokok agak2nye? Hmm...persoalan2 yang menanti jawapan. Tetapi bagi saya, tujuan ayam2 tersebut berkokok boleh dijangka mengikut waktu2 apabila mereka berkokok. Sekiranya ayam berkokok untuk kali pertama pada waktu malam, itu menunjukkan jam sudah pukul 12 tengah malam. Jadi kita paham2 lah, waktu 2 ialah masa untuk tido.

Bila ayam berkokok untuk kali yang kedua(pukul 1), itu sebenarnye peringatan kepada kita supaya tido,jangan tak tido2 lagi,hehehe. Kali yang ketiga pulak(pukul 2), ialah peringatan kepada mereka2 yang tido bahawa 1 jam lagi akan masuk pukul 3. Apa halnye ngan pukul 3?

Aha, bila ayam berkokok kali ke 4(pukul 3), sebenarnya ayam 2 nak bagitau yang sekarang adalah waktu yang sesuai untuk bangun malam-tahajjud- jadi kepada sesiapa yang yang rase dirinya mampu,buatlah. Kali ke 5(pukul 4) pulak, adalah untuk mengejutkan mereka2 yang terlepas nak bangun tahajjud pukul tiga tadi lah,hehehe...

Kali ke 6(pukul 5) untuk ape pulak ye? Agak2 korang nape ye?sebab ape ye? Hmm...takpelah,saya bgtau..sebab...ayam 2 nak bagitau yang dalam tempoh tak sampai sejam lagi akan masuklah waktu solat fardhu subuh. Jadi bagi sesiapa yang nak pergi ke masjid, bolehlah bersiap2.

Sekian sahaja pendapat saya tentang apa maksud atau tujuan ayam2 berkokok pada waktu malam.Bila dah namanye pendapat, tak semestinya betol,tapi kalo anda tau sebab2 lain, janganlah malu atau segan berkongsi pendapat ye.

Adapun mengenai bagaimana ayam2 tersebut tahu waktu2 yang sepatutnye diorang berkokok, allahua'lam(Allah lebih mengetahui). Mungkin ada yang memberitahu mereka sekarang dah pukul sekian2, jadi...ape lagi,berkokoklah.kok kokok kok....
Baca Seterusnya...

Monday, September 7, 2009

Dua nama sebagai calon PAS, setakat ini


Dua pemimpin PAS antara dua nama yang disebut-sebut bakal mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, kata ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.

Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berkata kedua-duanya adalah pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar dan yang dipertua kawasan Teluk Kemang Ramli Ismail.

Ramli, seorang anak tempatan di parlimen tersebut, merupakan calon PAS di situ pada pilihan raya umum lalu.

Tambahnya, Ramli kini menetap di sebuah taman perumahan yang terletak dalam DUN Lukut - yang bersempadanan dengan DUN Bagan Pinang.

Selain Lukut dan Bagan Pinang, tiga lagi DUN bawah parlimen Teluk Kemang: Chuah, Linggi dan Port Dickson.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham Azman Mohamad Noor menang atas tiket BN dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan Ramli yang memperolehi 4,097 undi.

Menurut Mohd Khairil Anuar lagi, terdapat juga akar umbi PAS di DUN berkenaan yang mahu Zulkefly bertanding.

"Akar umbi nak Zulkefly, sebab beliau seorang pesuruhjaya dan beliau patut ada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, difahamkan Zulkefly lebih berminat meneruskan perjuangannya di kawasan yang ditandinginya dahulu, di Lenggeng dalam kawasan parlimen Seremban.

Menurut ketua Pemuda itu lagi, badan perhubungan PAS akan bermesyuarat esok, selepas solat terawih bagi menentukan calon yang sesuai di DUN Bagan Pinang.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang juga ketua Umno bahagian, diura-urakan berminat bertanding di kerusi tersebut.

Sementara itu, Zulkefly ketika dihubungi Malaysiakini petang ini berkata PAS negeri telah mengenal pasti "beberapa orang calon" untuk mewakili parti tersebut dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah calon tersebut.

Ditanya sama ada calon PAS pada pilihanraya umum Mac tahun lalu, Ramli Ismail akan dipilih semula bertanding di kerusi tersebut, Zulkefly berkata:

"Saya tidak berminat untuk beritahu. Yang penting, tidak ada sabotaj kepada calon PAS sebab kita tidak ada puak, kita tidak ada kroni," katanya.

Tambahnya, nama calon akan diumumkan oleh pemimpin atasan PAS kira-kira seminggu sebelum pililihan raya kecil itu berlangsung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh tersebut Isnin depan.

Menurut Zulkefly lagi, ciri-ciri calon yang dicari termasuklah seseorang yang bersih daripada tuduhan rasuah, berwibawa dan diterima oleh ahli akar umbi dan mendapat kepercayaan pemimpin parti.

oleh Abdul Rahim Sabri (malaysiakini)
Baca Seterusnya...

Mari Kita Renungkan Bersama-sama...



Ada tempat di muka bumi ini di mana saudara seagama kita tak tahu nak berbuka ngan apa kerana mereka memang tiada apa2.Tapi kita di sini tak tahu nak berbuka ngan apa bukan sebab kita tiada apa2,tapi sebab terlalu banyak pilihan sampaikan kita tak tau nak berbuka ngan apa.
Baca Seterusnya...

Pantun Jenaka yg Membuatkan Anda Tersenyum


Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kuih gelang
Dua tiga kuih boleh ku cari
Mana nak sama pulut panggang sorang

Goreng cempedak di luar pagar
Ambik batang buruk tolong jolokkan
Saya budak baulu belajar
Kalau salah tolong sampritkan

Kek pandan jauh ke tengah
Apam balik bercabang tiga
Hancur maruku di kandung tanah
Masalodeh yang baik dikenang juga

Sorong apam tarik apam
Buah Melaka dalam perahu
Suruh makan apam saya makan apam
Suruh makan apam balik saya tak tahu

Lepat Pak Malau lepat pisang
Lepat hamba lepat ubi
Pau tuan pau kelapa
Pau hamba pau serikaya

Lemang tinggi-tinggi
Sampai cucur badak
Belum tumbuh gigi
Dah pandai makan karipap

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita makan bubur jagung
Malam esok kita makan tapai

Nasik manis buah Melaka
Sayang popia hamba lurutkan
Buang tepung gomak buang serimuka
Kerana cokodok hamba turutkan

Kalau ada donat di ladang
Boleh saya menumpang makan
Kalau ada lemang yang panjang
Boleh kita menumpang makan lagi

Kuih talam di bawa belayar
Masak setalam di atas peti
Hutang lempuk boleh di bayar
Hutang dodol di bawa mati

oleh Ida KL(post at Mesra.net)

Baca Seterusnya...

Pilihanraya kecil Bagan Pinang. PR VS BN


Hanya 2 minggu selepas prk Permatang Pasir, kita sekali lagi akan dapat menyaksikan pilihanraya kecil, dan kali ini di negeri yang terkenal dengan adat perpatihnya- Negeri Sembilan- sesuatu yang perlu diberi perhatian di sini ialah jumlah kerusi yang dimiliki oleh BN dan PR di dalam Dewan Undangan Negeri.

Dun Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi,20 dimiliki oleh Barisan Nasional manakala bakinya dimiliki oleh komponen2 parti Pakatan Rakyat. PR dijangka akan diwakili oleh PAS, kerana kerusi itu sememangnya telah ditandingi oleh parti tersebut pada pilihanraya umum yang lalu. Pada pilihanraya tersebut,calon BN Azman Mohammad Noor mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli 4,097 undi.

Jika ditakdirkan PAS menang di dalam pilihanraya kecil ini nanti, ia akan menjadikan kerusi yang dimiliki oleh PR di dalam Dewan Undangan Negeri kepada 17 kerusi. Keadaan ini tentunya merisaukan BN dan sudah semestinya mereka akan bekerja keras untuk mengekalkan kerusi tersebut. Walaupun majoriti yang diperolehi oleh allahyarham Azman Mohammad Noor melebihi 2,000 undi, tetapi ia bukan jaminan bahawa kerusi tersebut akan kekal di tangan mereka .Pakatan Rakyat dengan momentum kemenangan berturut2 yang diperolehinya dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini tidak mustahil akan dapat merampas kerusi Bagan Pinang.

Bagi BN,kekalahan akan menyebabkan reputasi parti tersebut semakin menjunam dan kemungkinan akan terus lenyap dalam PRU 13 nanti seperti apa yang berlaku kepada LDP di Jepun. Bagi PR pula,kemenangan akan menambahkan kepercayaan rakyat kepada mereka dan tidak mustahil, rakyat akan memilih mereka untuk menggantikan BN sebagai parti yang memerintah di negara ini.

Baca Seterusnya...

Sunday, September 6, 2009

Jalan pintas UMNO raih sokongan?

Oleh Dr Aisar Yee Abdullah

Komposisi penduduk Tumpat di Kelantan menempatkan seramai 92.1% penduduk Islam, Cina 3.2%, India 0.5% dan lain-lain (Siam) 4.2%. Ia sebuah kawasan mutlak bermajoriti Melayu sebagaimana semua kawasan lain di Kelantan.

Tumpat adalah sebuah bandar kecil kira-kira 15 kilometer dari Kota Bharu. Tarikan utama bandar ini ialah beberapa kuil Buddha dan yang tersohor di antaranya ialah Wat Photivihan di Kampung Beruk. Di sini terdapat sebuah patung Buddha terbaring yang paling panjang di Asia Tenggara.

Tentu pelik bagi mereka yang belum pernah ke Tumpat. Patung Buddha terpanjang di Asia Tenggara terletak bukan di Thailand, bukan di Burma dan bukan di Kemboja tetapi di Tumpat sebuah bandar berpenduduk lebih dari 90% Islam, di negeri serambi Mekah!

Berdasarkan dari segi logik sekarang, tidak munasabah ia terbangun di sebuah kawasan Islam. Tetapi itulah hakikatnya. Malah di Tumpat, bukan sahaja wat itu yang wujud, terdapat beberapa yang lain seperti Wat Bang Takwa di Kampung Mentua, Wat Machimaram di Kampung Jubakar, Wat Maisuwankhiri di Bukit Tanah, Wat Phikulthong Vararam di Kampung Terbak, dan Wat Phikulya di Kampung Jubakar dan Wat Sukhontharam di Kampung Kubang Panjang.

Di Bachok, terletak juga di Kelantan, sebuah bandar di mana 98.4% penduduknya adalah Melayu/Islam seseorang boleh bingung melihat bagaimana boleh terbinanya dua buah kuil Buddha di situ. Dua kuil itu masing-masingnya dikenali sebagai Wat Pathumviarn di Kampung Balai dan Wat Ariya Khiri di Pauh Lima.

Bagaimana Bachok yang di dalamnya terdapat beberapa pusat pengajian pondok Islam dapat membenarkan wat-wat Buddha dibangunkan sungguhpun penduduk bukan Islamnya hanya 1.8% sahaja tentulah amat menakjubkan.

Itulah keindahan Islam yang terdapat di Kelantan. Sikap tolenransi terhadap agama lain adalah terlalu tinggi. Masyarakat bukan Melayu Kelantan amat menghormati agama Islam yang mempesonakan itu.

Sebenarnya, sikap toleransi Islam terhadap agama lain tidak hanya wujud di Kelantan. Ia terdapat di mana-mana di Malaysia. Kelantan disebut kerana ia adalah sebuah kawasan yang penduduk Islamnya bukan sahaja majoriti tetapi hampir mutlak seperti mana diwakili oleh Bachok tadi (98.4%).

Rakyat Malaysia memang sudah terkenal di seluruh dunia sebagai sekelompok manusia pelbagai kaum dan agama yang hidup secara aman damai. Pemimpin negara kita sering menonjolkan sifat ini kepada pembesar negara lain sebagai satu pencapaian kepimpinan terdahalu yang membanggakan.

Di Malaysia, pelbagai perayaan agama dirayakan bersama. Sebut sahaja apa kongsi perayaan semuanya kita bermegah dengannya. Inilah bahan promosi terbesar dilakukan oleh Kementerian Pelancongan. Para pelancong diangkut menghadiri majlis hari raya atau perayaan mana-mana agama jika kedatangan mereka bertembung dengan perayaan itu. Mereka berpeluang bersalam dengan peminpin kita. Negara kita aman.

Digambarkan di atas suasana harmoni yang wujud di Kelantan sebuah negeri bermajoriti orang Islam. Bagaimana pula situasinya di negeri di mana di beberapa kawasan bukan Islam berupa majoriti?

Pulau Pinang adalah satu dari negeri itu. Tanjong Tokong adalah sebuah petempatan terkenal. Namanya mengelirukan kerana ia seolah-olah sebuah kawasan bermajoriti orang Cina. Tidak, ia sebuah perkampungan Melayu. Terletak di tengah-tengah kampung itu sebuah berhala. Suasana di situ aman dan harmoni...(untuk teruskan bacaan,klik "Sinar Harian" di bawah)

Sumber: Sinar Harian(6 September 2009)

Baca Seterusnya...

Tahukah Anda?


Nak tau cara mudah menjaga kesihatan? Berjalanlah 10 000 langkah seminggu. Tak percaye???

Berjalan 10 000 langkah sama seperti:

  • berenang selama 90 minit
  • berbasikal selama 70 minit
  • perjalanan sejauh 6-8 km
  • bermain bola sepak selama 90 minit
Berjalan lebih 10 000 langkah menunjukkan anda seorang yang aktif dari segi tahap aktiviti fizikal. jadi biasakanlah diri anda dengan berjalan kaki kerana ianye memang memberi manfaat.

sumber: kementerian kesihatan malaysia
Baca Seterusnya...

Dialog penduduk, MB kecoh


Suasana tegang berlaku pada majlis dialog antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama penduduk Seksyen 23 Shah Alam di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam ekoran bantahan penduduk beragama Islam terhadap cadangan pemindahan kuil sedia ada di Seksyen 19 Shah Alam ke tapak baru di kawasan mereka.


  • Majlis Dialog Bersama Penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam berlangsung dalam suasana kecoh.
  • Perang mulut tercetus antara penduduk yang membantah cadangan pembinaan kuil dengan para pemimpin negeri yang hadir termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.
  • Penduduk Seksyen 23 sebulat suara tetap membantah cadangan pembinaan kuil tersebut walau apa juga keputusan yang diambil oleh

    kerajaan negeri.

  • Kerajaan Negeri Selangor tangguhkan keputusan pemindahan kuil ke Seksyen 23, hentikan perbincangan cadangan pembinaan kuil dan akan cari jalan penyelesaian lain.

  • Sumber:utusan malaysia

    Baca Seterusnya...

    Info yang anda perlu ketahui mengenai Yeos


    sila copy dan paste link di bawah.

    http://idhamlim.blogspot.com/2009/09/awas-semua-muslimin-dan-muslimah-green.html
    Baca Seterusnya...