http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Wednesday, October 21, 2009

Al-kataki Dalam Politik Malaysia


Ada seorang ahli politik ni.Dia dari sebuah negeri di pantai timur.Dulunya dalam sebuah parti politik,pernah menjawat jawatan ketua bahagian tetapi kemudian ditendang keluar pula.Tinggallah dia dan segelintir pengikut setianya sahaja.

Pernah cuba bertanding dalam pilihanraya kecil,di negeri ni jugak.Tapi nasibnya memang tak baik.Kalah dengan teruk sekali,lingkup,bungkus,hancur.Wang deposit pencalonan pun hilang.Apalah malang nasib ahli politik ni.



Nak dijadikan cerita,dalam pilihanraya umum yang lepas,bukan main beriya-iya lagi dia ni nak bertanding mewakili sebuah parti politik Islam.Sampai sanggup merayu lagi.Dia kata,perjuangan dia ngan parti Islam tu sama.Dia kata lagi yang dia tak suka dah ngan bekas parti lamanya.

Ramai ahli2 parti Islam tu tak setuju,menentang kemahuan ahli politik ni.Tapi entah macam mana pemimpin nombor 1 parti Islam ni membenarkan kehendaknya untuk bertanding sebagai calon parti tersebut.Terima jelah...taat kepada pemimpin mesti didahulukan.

Bila dah bertanding dan mendapat sokongan serta undi ahli1 parti Islam,menanglah ahli politik ni.Jadilah dia ahli parlimen,dapat masuk parlimen,dapat berbahas,dapat masuk siaran langsung tv.Bertuah betul dia ni.

Bulan pertama,kedua,ketiga kira ok lagi.Tapi bila dah lepas setengah tahun pasca pilihanraya umum,mulalah ahli politik ni menunjukkan rupanya yang sebenar.Serangan demi serangan dia lemparkan kepada parti Islam yang sebelumnya memberikan dia peluang untuk bertanding dalam pilihanraya.Apa punya perangai tak mengenang budi langsung.

Bila didesak supaya meletak jawatan sebagai ahli parlimen,dia kata buat apa nak letak jawatan.Dia menang sebab rakyat di kawasan parlimen dia undi dia,menangkan dia.Jadi apapun dia kata,terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Nak kata dia bodoh,tak patut pulak.Sebab dia ni berpendidikan orangnya.Pangkat Datuk lagi.Tapi dia tak tahu ke yang menangkan dia dalam pilihanraya tu ialah undi daripada ahli2 parti Islam tu?Akai tak da kah kata orang utara.

Berita yang terbaru pasal ahli politik ni katanya yang dia nak kembali balik ke dalam parti politik yang tendang dia dulu.Sebabnya dia kata parti politik ni dah berubah,tak macam dulu masa dia kena halau,kena singkir,masa dia dimalukan dengan teruknya.Tak pelah pun kalau nak balik semula,tapi kalau dia ni ada prinsip dan maruah,lepaskanlah jawatan sebagai ahli parlimen tu.Dia menang sebab ahli parti lain yang undi dia.Kalau dia tak buat macam 2,dia saya anggap sebagai ahli politik katak,jap2 lompat sini,jap2 lompat sana.Kalau kat sini banyak serangga,dia pilah sini,tapi kalau nun jauh di sana pulak banyak serangga dia pilah sana pulak.Jadilah dia Al-Kataki.

Nak tau sape ahli politik ni?Dia sorang je yang mendapat gelaran unik ni.Klik link di bawah ni.

AL-KATAKI



Baca Seterusnya...

Monday, October 19, 2009

Asal Usul Nama Nasi Lemak


Nasi lemak memang enak dimakan sebagai juadah sarapan pagi,dengan rasa nasinya yang berlemak,sambalnya yang pedas tapi manis,ikan bilis yang digoreng rangup,kacang tanah yang coklat kekuningan,telur goreng mahupun rebus,dan tak lupa juga timun yang putih menghijau, melambangkan ke'mewahan' menu wajib/separa wajib bagi rakyat Malaysia,tak kira Melayu,Cina,India dan lain-lain lagi.Tetapi,tahukah anda bagaimana nasi lemak mendapat namanya?Bagi yang pernah mendengar cerita mengenainya,tak mengapa.Bagi yang belum pulak,bacalah kisah di bawah.

Alkisah...




Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri.

Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka.

Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya.

Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.

Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara

yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut.

Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi.

Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam

nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak

berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk
menyerikan lagi nasi tersebut.

"Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti.

" bisiknya didalam hati.

Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah.

Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak
Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya.

"Apa kau masak ni, Seri?"

"Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum

bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawap, "Nasi le! Mak!".

Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan

NASI LEMAK.


Hehehe...sekadar suka2 je...credit to pandir(asal usul nama nasi lemak)



Baca Seterusnya...