http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Saturday, September 5, 2009

ADUN BN Bagan Pinang meninggal dunia


Normah Zainal Abidin (tengah) membaca surah Yasin di sisi jenazah suaminya, Allahyarham Azman Mohd. Nor di rumahnya di Bagan Pinang, Port Dickson, semalam.


SEREMBAN 4 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Nor, dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH) di sini pukul 2.30 petang ini.

Azman, 54, yang merupakan salah seorang daripada dua wakil rakyat BN dalam Parlimen Teluk Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) SSH pada pukul 5.20 pagi tadi.

Allahyarham dibawa ke hospital swasta berkenaan oleh ahli keluarganya pada 3.30 pagi kerana mengadu sakit dada.

Isteri Allahyarham, Normah Zainal Abidin, 49, berkata, suaminya mengadu penat sejak seminggu lalu tetapi berkeras menghadiri beberapa program dan mesyuarat yang telah sedia tersusun dalam diarinya.

"Sejak minggu lalu saya memintanya dapatkan rawatan doktor tetapi dia tidak mahu dan keadaannya semakin teruk sejak malam tadi sebelum kami bawa dia ke SSH.

"Ketika tiba di Bahagian Kecemasan, dia masih lagi sedar dan menahan kesakitan. Tetapi apabila dimasukkan ke ICU, arwah tidak sedarkan diri sehinggalah dimaklumkan sudah meninggal dunia," katanya sedih.

Ketua Perhubungan dan Pemasaran SSH, Mohd. Faudzi Abu Bakar yang ditemui mengesahkan kematian wakil rakyat itu pada pukul 2.30 petang ini dan berpunca daripada jangkitan dalam darah.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor yang ditemui di sini berkata, beliau akan memaklumkan secepat mungkin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

"Saya akan memaklumkan kepada SPR secepat mungkin mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang dan akan menyemak dengan Unit Protokol sebelum membuat sebarang pengumuman," ujar beliau.

Kawasan DUN Bagan Pinang adalah salah satu daripada dua kerusi yang dimenangi BN dalam Parlimen Teluk Kemang.

Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).

Pada masa ini, BN menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan dengan bakinya 16 lagi dipegang DAP, PKR dan Pas.

Sumber: Utusan Malaysia(selepas edit)


Baca Seterusnya...

Dari UIA ke Kampung


Hari ni aku balik rumah,sebab hari isnin cuti sempena nuzul al-quran. Selasa pulak aku memang tak de kelas,jadicuti lamelah. Penat betol bawak motor dari UIA ke kampung. Lebih sejam setengah aku bawak motor. Yelah,bawak pun cuma 80km/j, kalo bawak 100km/jlagi cepatlah boleh sampai.

Tapi bawak laju2 buat pe, biar lambat, asalkan selamat.
Jadi nasihat aku kepada mereka2 yang memandu kenderaan,tak kisahlah nak ke mana-mana, bawaklah dengan cermat,ingatlah orang yang anda sayangi. Diorang sentiasa memikirkan tentang kite,kite plak macam ne?Jawaplah sendiri ye,hehehe...

Baca Seterusnya...

Friday, September 4, 2009

Terlepas Sahur...


Terlepas sahur...acah je,hehe...hampir terlepas sebenarnye.bangun2 dah pukul 5.25.tu pun mujur member aku si H bangunkan.sebelum2 ni aku yang selalu bangunkan die,la ni die plak yang bangunkan aku.tima kasihlah H ye.
Dah lambat macam 2,nak x nak aku makan berger je.bolehlah...asalkan sahur.

Baca Seterusnya...

Thursday, September 3, 2009

Nape ''SESUKA HATI''?



Kenape ye aku menamakan blog ini dengan name ''SESUKA HATI''.Nape ye?Aha...sebenarnye aku tak nak buat blog aku ni hanye blog yang khusus untuk satu benda/bidang je.Kalau boleh,aku nak pelbagaikan isi kandungan blog aku ni.Jadi ikut suka hati akulah nak letak/post ape2 je dalam blog ni.baru nampak kepelbagainnye.hehehe...

Walaubagaimanapun,aku ni minat kat politik..tapi minat secara diam2 jelah..kemungkinan aku akan buat banyak post mengenai politik Malaysia.Lagipun politik Malaysia ni dah jadi semakin menarik dah.

Ok,2 je yang aku nak kate.Apepun,selamat datang ke blog ni.
Baca Seterusnya...

RAMADAN KAREEM


Rasenye tak terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di Malaysia.Harapnye kite semua dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknye.

Baca Seterusnya...

Wednesday, September 2, 2009

Langkah Permulaan


hari ini bermulalah langkahku mengikut jejak langkah kebanyakkan orang di luar sana apabila aku kini mempunyai blogku sendiri..hehehe..baru nak berjinak2 dalam bidang ni.

Baca Seterusnya...