http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Thursday, March 11, 2010

Kisah Hidup En.Lalat

sumber:http://akupenglipurlara.blogspot.com


Pada zaman dahulu, ada seekor makhluk yang agak kecil tubuhnya. Panggil dia Encik Lalat. Dia suka enjoy hinggakan dia lupa diri dan akhirnya dia muflis. Teruk betul..ish3..



Setelah muflis, En.Lalat mula kerisauan dan start cari kerja untuk sara hidup dia. Ai, takkan pakai beskal je nak cari keje, kepak apa guna?hahaha...



En. Lalat sanggup lakukan apa saja dan merayu2 untuk dapatkan kerja demi mencari makanan. Kebanyakan shopping mall seperti Tesco, Giant dan 7Eleven dah pergi tapi hampa...



En. Lalat mula tension, kecewa dan juga rasa nak bunuh diri je sebab sampai sekarang tak dapat mana2 keje lagi. Jadi akhirnya dia mula memikirkan sesuatu kerja yang boleh dapat duit walaupun kecil-kecilan..



En. Lalat mula menceburkan diri dalam arena muzik negara ni dengan harapan dapat masuk AJL . Album single pertama pun keluar la bertajuk "Lalat Seadanya".. Album En. Lalat meletup hingga dengan penjualan album tak terhingga! Sedap ke suara dia yek?haha



Dah lepas tu, nama En.Lalat pun top la kat dunia ranking kedua terbawah. hehe. Sekarang En.Lalat hidup mewah, tak yah pikir dah pasal duit, persetankan semua tuh, semua ditanggung beressss..



Aisey men, mentang2 la dah kaya, tak ingat dunia tuh. Pergi melancong tak beragak lak! hahaha



Hah! Lupa lak nak bagi tahu. Kalau korang nak tau, hobi En.Lalat di waktu lapang bermain skateboard. Walaupun bergelar artis, kesihatan diutamakan beb!



Dah nama pun artis, banyak la show kena wat. haha. Antara tempat2 paling slalu buat show seperti Hard Rock Cafe, Bukit Bintang dan lain-lain lagi. Stylo giler En.Lalat ni pegang gitar. haha



Ni antara picture paling stylo time perform concert di luar negara dulu.. Banyak peminat-peminat En.Lalat tuh.. ahaks!



Kali ni, En.Lalat dah tak guna dah beskal tua dia. Vespa pula jadi pilihan dia. Retro sangat tuhh..haha. Ai, malas dah nak cakap, kepak apa guna weh?! hahaha



Disebabkan terlalu enjoy dan terdapat kontroversi gambar tak senonoh En.Lalat di internet, akhirnya En.Lalat kena banned jadi artis dan tinggal sehelai sepinggang la. Duit tak cukup, hutang beli Vespa pun tak habis lagi. apa nak jadi la, tak serik2 lagi ke..hahaha



En. Lalat mula rasa menyesal, nak report kat Aduan Rakyat.. macam tak kena gak. Salah sendiri nak repot kat sana watpe? Lagu "Dewa 19 - Cintaku Tertinggal di Malaysia " mula terngiang2 di telinga En.Lalat. Teringat kekasih lama..



Akhirnya terpakse le yop, cari kerja balik. Nak buat camana, tak cari keje, takde duit, tak dapat makan, nak idup camana kan?ahaks! ;D

Sekian, tamatla sudah kisah En.Lalat. Harap2 En.Lalat dah serik dan tak enjoy2 lagi. Sedar2 la diri tu lalat. hehe. Harap korang enjoy cerita ni. Entry terpanjang pernah aku buat! haha

Credit : Nicholas portofolio on Flickr.


Baca Seterusnya...