http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Saturday, September 19, 2009

Hari Terakhir Berpuasa



Sedar tak sedar kita sudah pun sampai ke penghujung bulan Ramadan. Esok ialah hari yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia-Hari Raya Idulfitri-walaupun ada beberapa negara Islam ataupun negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam telah pun menyambutnya hari ini.

Setelah hampir sebulan kita berada di bulan yang menuntut kita supaya menahan lapar dan dahaga di siang hari,supaya kita dapat menyelami perasaan dan penderitaan orang2 tidak bernasib baik,yang hanya mampu makan sekali sehari, kemudian di malamnya pula kita digalakkan untuk bersama-sama menunaikan solat terawih di dalam satu jemaah,kita kini berada di ambang satu hari di mana kita semua, tak kira tua mahupun muda,lelaki mahupun perempuan akan sama2 menyambutnya dengan tahmid kesyukuran kepada Ilahi.

Sudah pastinya ramai di antara kita pada hari ini sibuk dengan kerja masing-masing. Ada yang mengemas dan menghias rumah,ada yang menganyam ketupat,ada yang membakar lemang dan tak lupa juga ada yang pada hari ini baru nak menunaikan zakat. Sebahagian umat Islam juga ada yang menjadikan hari ini sebagai hari terakhir untuk membeli-belah,kerana biasanya pada ketika inilah mereka akan dapat membeli barang dengan harga yang murah(selepas diskaun).

Kanak-kanak pula dengan aktiviti-aktiviti mereka yang tersendiri di hari terakhir bulan Ramadan ini. Ada yang berkumpul sesama mereka untuk membincangkan rumah mana yang wajib di'serbu' pada hari raya nanti. Tujuan mereka hanya satu iaitu untuk mendapatkan duit raya sebanyak mungkin. Ada juga yang sibuk membeli dan mengumpul 'senjata-senjata' yang diperlukan untuk berperang pada malam raya nanti. Harap-harapnya tiada yang menjadi mangsa dalam perang itu nanti.

Apa sahaja yang dilakukan pada hari ini,semuanya ialah untuk menyambut hari kegembiraan,kemenangan dan kebesaran bagi umat Islam. Hari di mana mereka semua bergembira disamping memohon kemaafan di atas salah silap sepanjang setahun yang telah berlalu serta menghidupkan budaya kunjung-mengunjung sesama mereka.Itulah dia hari raya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments:

Post a Comment