http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Monday, September 7, 2009

Dua nama sebagai calon PAS, setakat ini


Dua pemimpin PAS antara dua nama yang disebut-sebut bakal mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, kata ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.

Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berkata kedua-duanya adalah pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar dan yang dipertua kawasan Teluk Kemang Ramli Ismail.

Ramli, seorang anak tempatan di parlimen tersebut, merupakan calon PAS di situ pada pilihan raya umum lalu.

Tambahnya, Ramli kini menetap di sebuah taman perumahan yang terletak dalam DUN Lukut - yang bersempadanan dengan DUN Bagan Pinang.

Selain Lukut dan Bagan Pinang, tiga lagi DUN bawah parlimen Teluk Kemang: Chuah, Linggi dan Port Dickson.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham Azman Mohamad Noor menang atas tiket BN dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan Ramli yang memperolehi 4,097 undi.

Menurut Mohd Khairil Anuar lagi, terdapat juga akar umbi PAS di DUN berkenaan yang mahu Zulkefly bertanding.

"Akar umbi nak Zulkefly, sebab beliau seorang pesuruhjaya dan beliau patut ada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, difahamkan Zulkefly lebih berminat meneruskan perjuangannya di kawasan yang ditandinginya dahulu, di Lenggeng dalam kawasan parlimen Seremban.

Menurut ketua Pemuda itu lagi, badan perhubungan PAS akan bermesyuarat esok, selepas solat terawih bagi menentukan calon yang sesuai di DUN Bagan Pinang.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang juga ketua Umno bahagian, diura-urakan berminat bertanding di kerusi tersebut.

Sementara itu, Zulkefly ketika dihubungi Malaysiakini petang ini berkata PAS negeri telah mengenal pasti "beberapa orang calon" untuk mewakili parti tersebut dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah calon tersebut.

Ditanya sama ada calon PAS pada pilihanraya umum Mac tahun lalu, Ramli Ismail akan dipilih semula bertanding di kerusi tersebut, Zulkefly berkata:

"Saya tidak berminat untuk beritahu. Yang penting, tidak ada sabotaj kepada calon PAS sebab kita tidak ada puak, kita tidak ada kroni," katanya.

Tambahnya, nama calon akan diumumkan oleh pemimpin atasan PAS kira-kira seminggu sebelum pililihan raya kecil itu berlangsung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengumumkan tarikh tersebut Isnin depan.

Menurut Zulkefly lagi, ciri-ciri calon yang dicari termasuklah seseorang yang bersih daripada tuduhan rasuah, berwibawa dan diterima oleh ahli akar umbi dan mendapat kepercayaan pemimpin parti.

oleh Abdul Rahim Sabri (malaysiakini)

No comments:

Post a Comment