http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Saturday, September 12, 2009

Politik Perkauman

Bila disebut pasal politik,serta merta kita akan teringat kepada beberapa nama parti politik yang terkenal di Malaysia ini. Majoriti parti politik di negara ini secara umumnya mewakili suatu2 kaum. UMNO dan PAS mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina, MIC mewakili orang India dan beberapa lagi parti politik di Sabah dan Sarawak yang mewakili kaum peribumi masing2. Hanya sedikit parti sahaja yang mendakwa mereka ialah parti yang mewakili pelbagai kaum, seperti PKR dan GERAKAN.

Boleh dikatakan bahawa parti2 politik yang ditubuhkan untuk kaum2 tertentu tersebut berjuang untuk membela dan menegakkan hak kaum masing2. UMNO sebagai contoh, sentiasa konsisten dalam perjuangannya membela nasib dan hak orang2 Melayu, serta sentiasa berada di barisan hadapan dalam menentang pihak2 yang cuba menggugat keistimewaan yang dimiliki oleh kaum tersebut.


MCA pula dengan perjuangannya dalam memastikan kaum Cina di negara ini tidak terpinggir dari arus pembangunan dan kemodenan negara, dan dari mengecapi nikmat kekayaan dan kemakmuran hasil bumi Malaysia yang bertuah ini. Mereka kelihatan berjaya apabila sektor perniagaan nampaknya didominasi secara umumnya oleh orang2 Cina.

MIC yang menjadi parti komponen ketiga terbesar di dalan Barisan Nasional masih lagi berusaha untuk menaiktarafkan kehidupan kaum India di negara ini. Ia masih lagi berjuang dan akan terus berjuang untuk nasib orang2 India di negara ini. Satu fakta yang tidak dapat dinafikan ialah walaupun selepas 52 tahun Malaysia mengecapi nikmat kemerdekaan, tetapi kaum ini masih lagi ketinggalan berbanding kaum Melayu dan kaum Cina dari segi perniagaan,pendidikan,tempat tinggal dan lain2 lagi.

Persoalannya di sini, adakah parti2 politik yang disebutkan di atas kesemuanya mengamalkan politik perkauman hanya sebab mereka berjuang untuk hak2 kaum mereka sendiri?Saya berpandangan bahawa ianya bukan politik perkauman sama sekali. Setiap organisasi ataupun pertubuhan pastinya mempunyai tujuan di sebalik penubuhannya. Jikalau ia tidak mempunyai apa2 objektif,nescaya ia tidak akan bertahan lama. Jadi,perjuangan membela hak dan nasib kaum masing2 merupakan tujuan bagi penubuhan parti2 politik tersebut.

Akan tetapi, jika sesebuah parti politik yang berasaskan kaum itu menghina kaum yang lain,samaada dengan kata2 ataupun tindakan,serta menghalang kaum lain daripada memperolehi sesuatu yang menjadi hak mereka,inilah yang dipanggil sebagai politik perkauman.

Tindakan sekumpulan orang Melayu dari sebuah parti politik baru2 ini yang mengarak dan memijak kepala lembu di hadapan pintu pagar bangunan Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan Menteri Besar Selangor boleh dianggap sebagai penghinaan kepada kaum India. Ini kerana lembu merupakan binatang yang dianggap suci oleh kaum tersebut. Semuanya berpunca dari isu pemindahan kuil Hindu dari seksyen 19 Shah Alam ke seksyen 23.

Perbuatan mereka yang beragama Islam tersebut merupakan sesuatu yang sangat memalukan. Lagi memalukan ianya dilakukan di bulan Ramadan. Ia bukan sahaja boleh membangkitkan rasa benci orang2 India,bahkan memberi imej yang buruk kepada Islam, sepertinya Islam ini membenarkan penganut2nya menghina agama2 lain,sedangkan hakikatnya bukan begitu.

Itulah akibatnya jikalau kita terlalu taksub dengan bangsa sendiri sehingga sanggup untuk meninggalkan pertimbangan akal dan kewarasan. Apabila sudah mengikut perasaan, hanya perbuatan bodoh sahaja yang akan keluar dari diri seseorang. Mereka yang terlibat di dalam insiden kepala lembu tersebut sanggup menggunakan agama demi untuk menjayakan kepentingan politik mereka yang sempit. Bagi mereka, untuk kembali berkuasa,apa sahaja cara halal untuk digunakan, dan salah satunya ialah melalui "politik perkauman".


No comments:

Post a Comment