http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Saturday, September 5, 2009

ADUN BN Bagan Pinang meninggal dunia


Normah Zainal Abidin (tengah) membaca surah Yasin di sisi jenazah suaminya, Allahyarham Azman Mohd. Nor di rumahnya di Bagan Pinang, Port Dickson, semalam.


SEREMBAN 4 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Nor, dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH) di sini pukul 2.30 petang ini.

Azman, 54, yang merupakan salah seorang daripada dua wakil rakyat BN dalam Parlimen Teluk Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) SSH pada pukul 5.20 pagi tadi.

Allahyarham dibawa ke hospital swasta berkenaan oleh ahli keluarganya pada 3.30 pagi kerana mengadu sakit dada.

Isteri Allahyarham, Normah Zainal Abidin, 49, berkata, suaminya mengadu penat sejak seminggu lalu tetapi berkeras menghadiri beberapa program dan mesyuarat yang telah sedia tersusun dalam diarinya.

"Sejak minggu lalu saya memintanya dapatkan rawatan doktor tetapi dia tidak mahu dan keadaannya semakin teruk sejak malam tadi sebelum kami bawa dia ke SSH.

"Ketika tiba di Bahagian Kecemasan, dia masih lagi sedar dan menahan kesakitan. Tetapi apabila dimasukkan ke ICU, arwah tidak sedarkan diri sehinggalah dimaklumkan sudah meninggal dunia," katanya sedih.

Ketua Perhubungan dan Pemasaran SSH, Mohd. Faudzi Abu Bakar yang ditemui mengesahkan kematian wakil rakyat itu pada pukul 2.30 petang ini dan berpunca daripada jangkitan dalam darah.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor yang ditemui di sini berkata, beliau akan memaklumkan secepat mungkin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

"Saya akan memaklumkan kepada SPR secepat mungkin mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang dan akan menyemak dengan Unit Protokol sebelum membuat sebarang pengumuman," ujar beliau.

Kawasan DUN Bagan Pinang adalah salah satu daripada dua kerusi yang dimenangi BN dalam Parlimen Teluk Kemang.

Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).

Pada masa ini, BN menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan dengan bakinya 16 lagi dipegang DAP, PKR dan Pas.

Sumber: Utusan Malaysia(selepas edit)

No comments:

Post a Comment