TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Friday, October 2, 2009

Suami isteri terkejut sejadah 'berdiri' sendiri

Pakcik Mohamad Shuhaimi, Mohd Zaki Saad (kanan), menunjukkan 'Sejadah Berdiri'. -Foto THE STAR oleh MUSTAFA AHMAD

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba 'berdiri' dengan sendiri malam tadi (1 Okt).

Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli masing-masing berusia 26 tahun menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari.



Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan merupakan hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lepas.

Mohamad Shuhaimi Md Ilias (kanan) dengan isterinya, Zainab Ramli (kiri) dan anak perempuannya Puteri Kaira Balqisha menerangkan tentang arah 'kiblat' dan 'sejadah berdiri' di rumahnya.

"Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu.

Jiran-jiran berkerumun ke rumah pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli selepas mendengar cerita 'Sejadah Berdiri'.

Mohamad Shuhaimi berkata beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut.

"Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya.

"Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya 'berdiri', tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya.

Mohamad Shuhaimi (ketiga dari kanan) menjelaskan kepada para tetamu tentang 'Sejadah Berdiri' yang menyerupai seorang Muslimah menunaikan solat.

Katanya beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya.

Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah 'berdiri' berkenaan. BERNAMA

---> Ntah betul ntah tidak yang sejadah tu benar2 berdiri sendiri .Sekali imbas gambar2 yang ditunjukkan macam dibuat2 je.Pegang2,lipat sana sini sikit,jadilah ''sejadah berdiri''.Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak.Tapi bagi saya,sukar untuk mempercayainya.Wallahua'lam.Oh ye,sila klik baca seterusnya untuk membaca kisah penuh.

No comments:

Post a Comment