http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Wednesday, September 30, 2009

Zulkefly Mohamad Omar VS Isa Samad




Semalam terlerai sudah persoalan siapakah calon yang akan ditampilkan oleh Pas dan juga BN bagi pilihanraya kecil dun Bagan Pinang.Pas mencalonkan pesuruhjayanya di Negeri Sembilan iaitu Zulkefly Mohamad Omar,manakala BN meletakkan Tan Sri Isa Samad yang merupakan bekas naib presiden Umno sebagai calonnya.

BN tetap memilih Isa Samad yang juga merupakan bekas menteri Wilayah Persekutuan walaupun umum sudah mengetahui bahawa beliau pernah disabitkan dengan kesalahan politik wang dalam pemilihan Umno.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga sudah berulangkali menyatakan penolakkannya terhadap Isa,tetapi nampaknya pucuk pimpinan BN memilih untuk tidak menuruti kata-kata beliau.Beliau pastinya kecewa dengan keputusan pemilihan Isa sebagai calon di Bagan Pinang.

Kalaupun BN menang di Bagan Pinang nanti,tetapi mereka akan menghadapi kekalahan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.Begitulah amaran yang dilontarkan oleh Tun. Kata Tun pemilihan calon yang tidak bersih akan menunjukkan bahawa BN tidak serius dengan usaha pembaharuan yang dicanang-canangkannya.Rakyat pula sudah semakin bijak dalam memilih pemimpin di mana pemimpin2 yang korup pastinya akan ditolak.Itulah yang membimbangkan beliau.

BN sebenarnya serba salah dalam membuat keputusan mengenai calon di Bagan Pinang.Jika ia memilih calon selain Isa Samad,ditakuti akan berlaku penolakkan dari akar umbi Umno di Dun tersebut.Ini kerana Umno bahagian tersebut memang mahukan Isa Samad sebagai calon.BN pastinya tidak mahu wujudnya sabotaj daripada kalangan ahli-ahli parti mereka sendiri.Jika mereka mengetepikan kemahuan akar umbi, tidak mustahil apa yang berlaku di Kuala Terengganu akan berulang kembali di Bagan Pinang.

Bagi Pas pula,perkara yang paling merisaukannya bukan mengenai calon. Calonnya iaitu Zulkefly Mohamad Omar merupakan seorang yang bersih.Beliau merupakan seorang yang disenangi oleh para penduduk di Bagan Pinang.Tetapi yang merisaukan Pas ialah perihal undi pos yang mencatatkan jumlah yang sangat tinggi iaitu lebih daripada 4000.Kalaupun Pas berjaya mendapatkan sokongan pengundi Cina dan India,belum tentu lagi parti tersebut boleh menang di situ jika undi pos tidak memihak kepada mereka.Sebab itulah kebelakangan ini Pas berulangkali mendesak SPR supaya memansuhkan undi pos,desakan yang turut dibuat oleh beberapa buah NGO.

Di atas kertas,memang BN mempunyai peluang yang cerah untuk mempertahankan kerusi dun Bagan Pinang.Itu kerana mereka mempunyai satu aset yang sangat berharga iaitu undi pos.Undi pos sejak dahulu lagi menjadi penyumbang terbesar bagi kemenangan BN di dalam pilihanraya.Boleh dikatakan di mana-mana saluran yang mempunyai pengundi pos,BN pasti akan memenanginya.Inilah tembok yang masih belum lagi dapat diruntuhkan oleh parti2 pembangkang.

Tetapi dari satu sudut,Pas sebenarnya sudah memperolehi kemenangan.Pencalonan Isa Samad merupakan kunci kemenangan tersebut.Ini kerana rakyat pastinya akan menganggap bahawa BN memang tidak serius untuk membuat pembaharuan kerana masih lagi memilih calon yang telah disabitkan dengan kesalahan politik wang.Rakyat umumnya tidak lagi mahu calon seperti itu untuk menjadi pemimpin mereka.Mungkin ramalan Tun Dr Mahathir bahawa BN akn tumbang di dalam pilihanraya ke-13 akan menjadi kenyataan.Seperti apa yang berlaku kepada parti LDP di Jepun.


No comments:

Post a Comment