http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Monday, October 12, 2009

Kekalahan Yang Mengejutkan


Malam semalam lebih kurang pukul 8 lebih saya melayari internet untuk mengetahai keputusan prk N31 Bagan Pinang.Berdebar-debar rasanya hati saya masa tu.Saya cuba membuka Harakahdaily.net,tetapi tidak berjaya.Mungkin pada waktu itu,terlalu ramai yang melayari laman web tersebut sehinggakan ia menjadi sesak dan susah untuk dibuka. Oleh kerana saya sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan pilihanraya tersebut,saya buka pula Mstar online. Bila terpapar sahaja main page akhbar tersebut,alangkah terkejutnya saya dengan berita bahawa BN telah memenangi pilihanraya N31 Bagan Pinang dengan majoriti BESAR!


Calon BN Tan Sri Isa Samad mendapat 8013 undi manakala calon PAS Zulkefly Mohd Omar mendapat 2578 undi. Majoriti yang diperolehi oleh Isa Samad ialah 5435 undi. Lebih 2 kali ganda daripada majoriti yang diperolehi oleh calon BN dalam pilihanraya umum yang lalu.Sebanyak 222 undi rosak dicatatkan.

Geleng kepala.Itu sahaja yang saya mampu lakukan. Memang susah nak percaya. Sebenarnya saya sudah dapat menjangkakan bahawa PAS sukar untuk merampas kerusi Bagan Pinang daripada BN. Tetapi kekalahan dengan majoriti yang sangat besar,itu memang saya tidak jangka sama sekali.Saya berani mengatakan bahawa PAS kalah teruk di Bagan Pinang.Kemudian saya terpikir,adakah para pengundi di dun tersebut begitu mudah menukar haluan politik mereka?Saya katakan begitu kerana pada pilihanraya umum yang lalu,calon pas mendapat lebih daripada 4000 undi.Jadi kemana hilangnya 2000 lebih undi yang menjadi milik PAS dalam pilihanraya tersebut?Takkan lah baru setahun lebih dah hilang keyakinan kepada PAS,sedangkan pretasi parti tersebut dalam beberapa prk kecil sebelum ini sangat membanggakan.

Saya tak tahu apa kriteria yang dimahukan oleh para penduduk Bagan Pinang. Calon yang bersih mereka tak mahu,tetapi calon yang pernah terlibat dengan kesalahan rasuah,itulah yang mereka pilih.Bukan untuk merendahkan keintelektualan mereka,tetapi saya betul-betul rasa tak puas hati.Kalau calon BN di Bagan Pinang bukannya Isa Samad dan calon tersebut ialah seorang yang bersih,tidak terlibat dengan rasuah,kemudian menang,itu barulah boleh saya terima.

Walau apapun,prk Bagan Pinang telah pun melabuhkan tirainya semalam.Bagi PAS,ia perlu membuat post mortem yang mendalam dan terperinci bagi mengkaji apa sebab-sebab parti tersebut gagal untuk memikat hati pengundi di Bagan Pinang.Kekalahan ini ada hikmahnya. Hikmah tersebut tidak dapat dilihat sekarang,tetapi mungkin dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

lamaka:langit kat Bagan Pinang mendung malam semalam,bulan purnama tak dapat nak kelihatan.

No comments:

Post a Comment