http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Sunday, October 11, 2009

Hari Mengundi


Hari ini,hari Ahad bersamaan 11 Oktober 2009 ialah hari para pengundi di dun Bagan Pinang Negeri Sembilan akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia.Pilihan di tangan mereka samaada mahu memangkah dacing ataupun bulan purnama.Adakah dacing akan masih lagi relevan untuk digunakan pada masa ini,ataupun bulan purnama akan mengambang di langit di waktu malam nanti,satu persoalan yang hanya akan terjawab malam nanti.

Setelah lebih seminggu gelanggang untuk berkempen dibuka,ianya telah pun ditutup tepat pukul 12 tengah malam semalam.Segala macam janji,provokasi,tuduh-menuduh telah pun didengari sepanjang tempoh berkempen.Insiden serangan terhadap seorang pemimpin UMNO semasa hari penamaan calon(terbukti ianya satu pembohongan) dan juga serangan ke atas markas PAS pada awal pagi beberapa hari yang lalu(terbukti satu kebenaran) menjadikan pilihanraya kecil ini sebagai yang terhangat dibandingkan dengan beberapa prk sebeum ini.

Calon BN Tan Sri Isa Samad merupakan favourite dalam prk Bagan Pinang ini,tetapi tidak mustahil pesuruhjaya PAS N9 Zulkefly Mohamad mampu untuk melakar satu kejutan dan menjadi ''giant killer''.Kemenangan di sini penting kepada kedua-dua parti yang bertanding.Penting bagi BN untuk menunjukkan yang ia masih lagi kuat dan mendapat sokongan daripada rakyat.Penting bagi PAS khususnya dan PR amnya untuk menunjukkan yang momentum perubahan yang dimahukan oleh rakyat masih lagi berterusan sejak bermula kali pertama di prk Kuala Terengganu.

Selamat mengundi kepada para penduduk di N31 Bagan Pinang.

Lamaka:Harap bulan purnama mengambang

No comments:

Post a Comment