http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Wednesday, October 7, 2009

Sedikit Perkembangan Tentang PRK N31 Bagan Pinang

Pengundi Cina sudah tidak takut PAS


BAGAN PINANG, 7 Okt - Kehangatan kempen hari kelima pada hari ini semakin terasa. Poster-poster parti bertanding semakin galak menghiasi jalan-jalan raya di dalam kawasan mengundi khususnya pada hari ini.


Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar tetap bertenaga dalam meneruskan kempen beliau walaupun jadual kempennya sentiasa padat. Beliau yang ditemui semasa sesi lawatan dari rumah ke rumah dan premis-premis perniagaan bagi menemui pengundi-pengundi Cina di sekitar Batu 9, Jalan Teluk Kemang kelihatan ceria dan bersemangat.


Siri kempen dan ziarah pada sebelah pagi ini dijayakan bersama dengan DAP Teluk Kemang. Rombongan ziarah calon diiringi bersama oleh ADUN Lukut, YB Ean Yong dan ADUN Bukit Mertajam, YB Chong Eng yang juga Ketua Wanita DAP Kebangsaan dan beberapa pimpinan setempat.


Ziarah calon PAS pagi tadi benar-benar menampakkan suasana harmoni dan muhibbah, yang turut disertai oleh pimpinan masyarakat Cina dan India. Sambutan luar biasa kaum Cina terhadap calon PAS, bukti pengundi bukan Melayu kini sudah berani berubah.

Inilah sebenarnya kejayaan perjuangan PAS selama ini sehinggakan berjaya melenyapkan rasa takut dan pesimis masyarakat bukan Islam kepada PAS dan Islam. Malah dalam siri pilihanraya kecil yang lalu, semangat perpaduan dalam Pakatan Rakyat ini dapat dilihat. Kerjasama yang padu antara pelbagai kaum dalam memenangkan calon PAS diteruskan lagi dalam pilihanraya kecil N.31 ini.


Rata-rata pengundi berbangsa Cina yang ditemui Zulkefly menunjukkan sokongan yang baik kepada calon PAS itu menyatakan bahawa pengundi Cina sudah tidak takut lagi pada PAS. Isu perkauman dah hukum Hudud yang sering dimomokan BN sebelum ini.

Pengundi yang ditemuinya berkata, masyarakat Cina di sini menjelaskan mereka tidak lagi takut kepada hukum hudud biar pun cuba diuar-uarkan media massa kerana sudah faham kedudukan sebenar. Sama ada tanah di Perak, isu Hudud, isu arak di Selangor mahupun isu kuil di Shah Alam, jawapan mereka, "Kita (tionghua) sudah faham dengan perjuangan PAS".

Turut bersama dalam kempen tersebut adalah isteri beliau, Saeiah Tarmizi.

sumber:http://prkn31baganpinang.pas.org.my/


No comments:

Post a Comment