Wednesday, November 11, 2009
Israel intip maklumat orang Islam menerusi Facebook
sumber: sinarharian(11.11.2009)
DUBAI - Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam dalam Facebook bagi mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut.
Pendedahan terbaru itu diperoleh menerusi sumber-sumber yang dipetik sebuah majalah, Israel Magazine, di Perancis.
Pencerobohan maklumat peribadi dalam laman web jaringan sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak pemikiran mereka.
Pendedahan tersebut ternyata menjejaskan rahsia kerajaan Israel dan hubungan diplomatik Tel Aviv manakala duta Israel ke Paris menuduh majalah tersebut sengaja menghasilkan maklumat sulit sedia ada kepada pihak musuh.
Aktiviti risikan Israel itu dibongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti Provence, Gerrard Niroux.
“Ini adalah rangkaian perisikan yang dicipta ahli psikologi Israel yang cuba menggoda belia dari dunia Arab, terutama di negara yang terletak dalam konflik Israel-Palestin dan Amerika Latin,” katanya.
Niroux turut memberi amaran kepada pengguna lelaki yang menggunakan Facebook untuk mencari teman wanita kerana aktiviti intipan akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan golongan itu.
Baca Seterusnya...

Monday, November 9, 2009
Hari Ini Dalam Sejarah Hidupku

Nak tahu kenapa hari ni ni merupakan hari yang bersejarah bagi saya?
Jeng3...
Hari ni menandakan tamatnya perjuangan saya sebagai seorang pelajar di UIA..Pagi tadi dah habis menjawap paper terakhir untuk exam.Macam susah nak percaya.3 tahun setengah saya berada di bumi UIA ni.Banyak pengalaman pahit manis,suka dan duka saya telah tempuhi.
Lepas penat pikir pasal belajar,belajar dan belajar,sampai pulak masa untuk pikir pasal cari kerja.Siapa yang tak nak kerja kan?Kalau tak kerja,mana mungkin dapat uangnya...Harapnya bila dah graduate nanti,dapatlah kerja yang sesuai.Amin...
Baca Seterusnya...
Wednesday, November 4, 2009
Jangan tak baca
Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut. Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut. Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?”
“bukan begitu, cik adik, pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan” jawab tukang beca tu. hoho
gelihati.infoBaca Seterusnya...
Sunday, October 25, 2009
Mula Cari Kerja

Pengajian saya di universiti hanya tinggal tak sampai seminggu.Lepas ni exam final akan bermula,dan selepas habis semua kertas, ia menandakan bahawa hidup saya sebagai mahasiswa u juga akan berakhir.
Sudah ada rakan-rakan saya yang mengisi borang permohonan kerja.Saya juga tak terkecuali. Sebenarnya kursus seperti saya ni boleh dikatakan tak banyak peluang pekerjaan sangat.Paling nampak pun bidang pendidikan yang menyediakan banyak peluang untuk graduan-graduan seperti saya.Tapi dengarnya pengambilan untuk KPLI JQAF awal tahun depan tak ada.Begitu jugak dengan DPLI.
Bila difikirkan,rasa risau jugak kalau2 selepas tamat belajar nanti kena ''tanam anggur" di rumah.Kalau sebulan dua,bolehlah tahan jugak.Tapi kalau berbulan2 tak dapat jugak kerja,boleh kena tekanan perasaan jadinya.Yelah,mak bapak dah mula tanya2-kau ni bila lah nak dapat kerja agak2nya ye?Tu belum saudara mara lagi tanya.
Walaubagaimanapun,saya percaya rezeki ada di mana2 sahaja.Hanya tinggal kita mencarinya sendiri dan berusaha tanpa mengenal erti putus asa.Tak semestinya kalau saya seorang graduan lulusan Bahasa Arab, saya tak boleh mohon kerja selain guru.Saya percaya banyak lagi kerja yang berkaitan dengan bidang saya ni.Tinggal nak cari dan mohon.Hidup kita ni kalau semuanya mudah,tak perlu susah payah,bukanlah hidup namanya,tapi angan2 ataupun fantasi.Cari kerja susah,nak jadi kaya susah,nak jadi terkenal susah,nak kawin susah...tak denye yang mudah2 belaka.Betul kan?Fikir-fikirkanlah.
Baca Seterusnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)