TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Saturday, March 6, 2010

Mari Baca LawaK Siri 3

Dah lama kyuubi tak buat siri lawak ni. Jadi untuk kali ni, kyuubi akan sambung siri lawak ni iaitu siri yang ke 3. mari kita sama-sama rehatkan minda di hujung minggu ni sambil baca lawak.



Pada suatu hari 2 ekor Kelawar pemakan darah sedang berehat di dalam sebuah gua. Sedang mereka berehat, tiba-tiba seekor daripada kelawar tersebut berasa lapar.

kelawar 1 : weh kelawar 2, meh kita cari darah. aku lapar la.
kelawar 2 :wei, mana ko nak cari darah siang-siang macam ni? Kita kan biasa cari darah malam je. ada-ada je ko ni
kelawar 1 : wei! aku lapar la! aku nak juga, aku nak sekarang!

si kelawar 1 pun dah sangat lapar dan bersedia untuk terbang. Dia menoleh kepada rakan kelawarnya itu dan berkata, "ko nak ikut ke tak?"

"Jangan jadi bodoh, ko hanya akan membazir masa je pergi sekarang"

si kelawar yang pertama tidak mengendahkan kata-kata rakannya itu dan terus terbang. Selang beberapa minit kemudian, kelawar pertama tadi balik semula dengan darah di serata mukanya. Si kelawar ke 2 pun kehairanan kerana memang susah nak cari darah masa siang.lalu dia pun bertanya,

kelawar 2 : "wei, mana ko dapat darah banyak tu masa siang macam ni?"
kelawar 1 : " oh, ko nampak tak pokok besar diluar tu?" sambil menuding jari kearah 1 pokok besar diluar gua.
kelawar 2 :"oh nampak, jelas dan terang lagi"
kelawar 1 :"aku tak nampak" katanya

hahahahahahaha!!

*Picture taken from google

Pengajaran : fikir dahulu sebelum bertindak. nanti macam kelawar tu, dah tahu tak nampak kalau jalan siang, nak juga jalan.

kyuubi85.blogspot.com




No comments:

Post a Comment