TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Sunday, February 14, 2010

Lawak Ahad: Lewat Sebulan

"Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Keesokan harinya, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB
kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka.
Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni
isterinya ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah
tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai
TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman
IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru
lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun
berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun
beredar dari situ..

Esoknya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya,
dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia
pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun
nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah
lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman
kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan
mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan Si Mahphus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong
encik punya..........."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu aku nak pakai
apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

sumber:biaqpila.blogspot.com

No comments:

Post a Comment