TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Tuesday, December 1, 2009

Sekarang..

Sekarang tengah cuti panjang,cuti sebab baru habis belajar atau dengan kata lain baru je menamatkan pengajian di 'U'.

Sekarang saya sudah bergelar 'graduan',tapi bukan yang tanam anggur lagi,sebabnya belum pun sampai dua bulan.Kalau dah lebih dari tempoh itu,barulah boleh dapat title 'penanam anggur'(pendapat sayalah).

Sekarang sedang menunggu keputusan final exam semester yang lepas.Harap-harap oklah.


Sekarang tengah menghabiskan masa lapang di rumah dengan 'aktiviti-aktiviti' tersendiri,antaranya menambahkan lagi lapisan di bahagian bawah perut.

Sekarang tengah cuba mencari kerja-kerja yang sesuai dengan kelulusan.Dan sementara dapat kerja yang diidamkan,alhamdulillah.Tapi hakikatnya,bukan mudah.

Sekarang nak cari kerja part time dulu(cadang2 lah),tapi susah jugak nak cari kerja yang sesuai.

Sekarang tengah taip entry terbaru kat blog,hehehe...

No comments:

Post a Comment