http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Monday, February 22, 2010

MenGuap Bukan Sebab NganTuk Je Tau...



Perasan tak kalau satu orang menguap, orang lain pun ikut menguap juga ?
Penyelidik menyatakan dalam 40-60% orang yang tengok gambar orang menguap akan turut menguap. Kalau baca perkataan "Menguap" pun kadang2 boleh buat orang ikut menguap.

Bukan manusia saja yang menguap. Binatang pun menguap juga.
Kalau korang tengok kucing yang korang pelihara tu, boleh nampak kucing tu pun menguap.

Kenapa kita menguap ?

Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kita kekurangan oxygen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kita. Sesetengah orang berpikiran yang kita menguap kalau kita rasa bosan.

Kepercayaan orang dahulu kala

Ada juga terdapat kepercayaan yang berasal dari Greeks yang menyatakan kita mesti tutup mulut bila menguap untuk elakkan roh kita dari terlepas melalui mulut. Sesetengah orang pada zaman dahulu percaya bila seseorang tu menguap, dia akan ditimpa bahaya.

So kenapa menguap boleh berjangkit ?

Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan informasi itu disalurkan ke brain circuitry yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain. Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yang special yang menjadi aktif bila kita membuat sesuatu atau bila kita melihat orang lain membuat sesuatu lalu meniru aksi orang lain.

Selain daripada pengajian itu, penyelidik membuat teori bahawa kejangkitan menguap ini dapat menolong kita berkomunisai kita punya level of alertness kepada orang lain. Dengan itu, kita dapat coordinate masa tidur kita dengan orang lain.


Ape pulak hukum menguap menurut Islam ye?

1. Menahan menguap sekadar termampu Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Hukum menguap dalam Islam


Baca Seterusnya...

Sunday, February 21, 2010

Gambar Ini MempunYai Dua Makna

Cuba perhatikan GAMBAR di bawah dengan teliti @_@

sILA klik gambar untuk lebih jelas





Dapat cari 2 makna tersebut?Kalau tak dapat,itu bererti anda kurang daya pemerhatian.Cuba lagi.

Masih tak dapat jawapannya ke?

Kalau tak dapat,boleh klik "Baca Seterusnya".

MaknA pertama: Kids exchange
MaknA kedua : Kid sex change ^.^


Baca Seterusnya...

Saturday, February 20, 2010

CEPAT TANGGALKAN KAIN

sumber:akukahmilikmu.blogspot.com

Zack dan Mira sepupu. Tiap-tiap kali kat kampung diorg akan kongsi satu bilik. Masa tu malam raya.
Zack: Mira!

Mira: Nape Zack?

Zack: Ikut aku kat bilik tidur jap!

Mira: Jangan tarik!


Dalam bilik......

Zack: Kau tahu tak aku ni seorg lelaki yg pantang kalau tak dapat apa yg aku nak selama ni.......

Mira: Huh? Zack: Dah tak tahan dah Mira! Cepat tanggalkan kain kau tu sekarang jugak!

Mira: Ape ni Zack??!!

Zack: Setelah sekian lama aku berkongsi bilik ngan kau Mira........ aku betul-betul dah tak tahan dah ni Mira! tanggalkan cepat!

Mira: Zack na...na..nanti dulu.....Zack. ...

Zack: No excuse! tanggalkan skang! kau nak aku guna kekerasan??? !

Mira: Ja..ja..jangan buat perangai camni Zack....Mira takut....... esokkan dah raya..... baru habis sebulan berpuasa....

Zack: Pasal esok nak raya lah aku suruh kau tanggalkan kain langsir kau ni!! Tiap2 tahun mesti guna kain langsir kau utk bilik ni! Aku tak kira tahun ni kain langsir aku pulak!

Mira: ce.....la... ..ka...

p/s ~ for Mira, jgn cepat salah sangka & for Zack, jgn suka wat org salah sangka..hehe..

Baca Seterusnya...

Friday, February 19, 2010

Bila Seorang Pengecut Bermain Dengan Kata-kata

Rasa menyampah pulak saya bila membaca kenyataan Datuk Seri Zahrain Hashim dalam akhbar Sinar Harian hari ni.Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa tindakannya keluar dari PKR ialah kerana tidak bersetuju dengan Lim Guan Eng yang menindas serta meminggirkan orang-orang Melayu.

Berikut antara petikan kata-kata beliau:

"Apabila saya mengkritik Guan Eng sebagai diktator,cauvinis dan pemikiran komunis,ramai yang melenting.Tetapi kini ramai yang menyokong saya kerana sudah dapat melihat belang sebenar Ketua Menteri itu.Saya tidak akan mengkritik secara membabi buta sebaliknya berdasakan fakta dan kenyataan yang sebenar.Kini rakyat boleh melihat apa yang dilakukan oleh Guan Eng,"katanya.

Saya rasa menyampah kerana si pengecut ini cuba untuk berlagak berani pulak.Kritik berdasarkan fakta konon.Kalau rasa dirinya dipihak yang benar serta mempunyai fakta untuk menyokong kata-katanya,mengapa tak luahkannya di hadapan panel jawatankuasa disiplin PKR?Ini tak,belum pun sempat jawatankuasa tersebut memanggilnya,sudah cabut angkat kaki.Teruk betul perangai.Itu apa namanya kalau bukan tindakan pengecut?Bahkan lagi pengecut dari seorang lagi pengecut dalam PKR yang sengaja menjadikan alasan pergi menghadiri persidangan di Korea Selatan untuk tidak menghadap jawatankuasa disiplin.



Adoyai...itulah sikap orang pengecut.Cakap berapi-api,semangat bukan main,macam singa yang gagah perkasa,tapi bila diminta bersemuka dan menyatakan sebab apa tak puas hati, terus menikus dalam lubang atau lebih tepatnya baling batu banyak-banyak kemudian sembunyikan tangan.




Baca Seterusnya...

Thursday, February 18, 2010

PAS will not field Ibrahim Ali in next general election

Wong Choon Mei

KUALA LUMPUR, Feb 18: PAS will not field Ibrahim Ali, the Perkasa chief who has become notorious for his outlandish and ultra-racist remarks, in the next general election, party leaders said.

“We have known him for a long time. He is most annoying, even irritating but he is just a tin kosong (empty vessel) although people nowadays see him as dangerous to society because of his racist remarks,” Wan Rahim Wan Abdullah, PAS MP for Kota Bahru, told Harakahdaily.

According to Wan Rahim, Ibrahim's the ultra-Malay persona may be due to political expediency rather than any real or deep-rooted belief that the community was still being marginalized and backwards after 52 years of independence from colonial British rule.

“Ibrahim is like a parasite, hopping from tree to tree to cari makan (make a living). Whichever tree he is on will somehow die and then he will flutter on to the next,” Wan Rahim said.

“I saw him recently and advised him to join Umno. But he seems frustrated that Umno hasn’t offered to take him back as a member. In fact, there is already an Umno man going around Pasir Mas servicing the constituents there as though he is the next candidate.

“So it looks like Ibrahim is back to square one, the days before PAS pitied him and lent him our machinery to run under our party flag in 2008. In the next general election, PAS will field a new candidate, so it will really be like 2004 for him when he had to face candidates from both Umno and PAS and lost badly as a result."

sumber:harakahdaily.net

Jadinya,sudah boleh diagak bahawa lepas pilihanraya umum akan datang,tidak akan ada lagi kelibat seorang ahli parlimen yang bernama ibrahim ali.Kasihan...UMNO pun tak nak kat dia.Pas lagilah,memang sure reject dan 'terajang' dia punya.Kalau dia bertanding atas tiket bebas,memang pasti punyalah,PASTI HILANG WANG PERTARUHAN DAN LEPAS 2 KENA KETAWAKaN.hehehe




Baca Seterusnya...