http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Friday, February 19, 2010

Bila Seorang Pengecut Bermain Dengan Kata-kata

Rasa menyampah pulak saya bila membaca kenyataan Datuk Seri Zahrain Hashim dalam akhbar Sinar Harian hari ni.Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa tindakannya keluar dari PKR ialah kerana tidak bersetuju dengan Lim Guan Eng yang menindas serta meminggirkan orang-orang Melayu.

Berikut antara petikan kata-kata beliau:

"Apabila saya mengkritik Guan Eng sebagai diktator,cauvinis dan pemikiran komunis,ramai yang melenting.Tetapi kini ramai yang menyokong saya kerana sudah dapat melihat belang sebenar Ketua Menteri itu.Saya tidak akan mengkritik secara membabi buta sebaliknya berdasakan fakta dan kenyataan yang sebenar.Kini rakyat boleh melihat apa yang dilakukan oleh Guan Eng,"katanya.

Saya rasa menyampah kerana si pengecut ini cuba untuk berlagak berani pulak.Kritik berdasarkan fakta konon.Kalau rasa dirinya dipihak yang benar serta mempunyai fakta untuk menyokong kata-katanya,mengapa tak luahkannya di hadapan panel jawatankuasa disiplin PKR?Ini tak,belum pun sempat jawatankuasa tersebut memanggilnya,sudah cabut angkat kaki.Teruk betul perangai.Itu apa namanya kalau bukan tindakan pengecut?Bahkan lagi pengecut dari seorang lagi pengecut dalam PKR yang sengaja menjadikan alasan pergi menghadiri persidangan di Korea Selatan untuk tidak menghadap jawatankuasa disiplin.



Adoyai...itulah sikap orang pengecut.Cakap berapi-api,semangat bukan main,macam singa yang gagah perkasa,tapi bila diminta bersemuka dan menyatakan sebab apa tak puas hati, terus menikus dalam lubang atau lebih tepatnya baling batu banyak-banyak kemudian sembunyikan tangan.



No comments:

Post a Comment