http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Friday, February 5, 2010

Solat Subuh Si Mamat


MAMAT ni amat lah tergila-gilakan MINAH anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngorat-punya-ngorat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si
Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. Agak terganggulah jugak kemanisan malam pertamanya tu.


Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah menggejutkan semua isi rumah untuk Solat Subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan Solat Subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Pak Haji Dollah.Minah. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka,
Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang Berwirid.

Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

"Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" tanya Pak Haji Dollah..

Si Mamat Jawab "eh.. ia ke tiga rakaat?? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."

"Masya Allah"...
Mengucap panjang Pak Haji Dollah..Si Minah pulak tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya..Rupanya Si Mamat ni tak pernah sembahyang Subuh..dia tak tau Solat Subuh 2 Rakaat..

Sumber: akukahmilikmu.blogspot.com

Baca Seterusnya...

Tuesday, February 2, 2010

12 CARA UNTUK MENGETAHUI KAMU MENCINTAI SESEORANG

بسم الله الرحمن الرحيم




12: Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

11: Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10: Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9: Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8: Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5: Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4: Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3: Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1: Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

Sumber: rubbertapperz.blogspot.com


Baca Seterusnya...

Tuesday, January 26, 2010

Kenapa Kite Dilarang Menggunakan Handphone Ketika Mengisi Minyak?????....


11 Safar 1431H
Emel : Wan Sanusi Wan Ali

Mari kite cuba ramai2..

meh kite tengok ekspiremen sains kat bawah nie...untuk buktikan betapa bahaya nyer isi minyak sambil berbual atau sms pakai handphone....

sebelom tu, kite sediakan bahan2 serta alatan yang diperlukan.. Iaitu :-
1. Kuali sebijik...cari yang leper tu...

2. 3 bijik kad..kad manila pon buleh..tapi jangan pakai mycard, kad kredit ataupon kad ATM, mahupon sim card...

3. 1 rol kertas foil...kertas timah tu laa....yang macam bungkusan kedua corn flakes tu laa...

4. Handphone sebijik...dan pastikan gak ade kredit...

5. Minyak petrol sikit..kalo xnak beli kat stesen....curik jer kat moto abang, ayah atau adik korang...


susun kad tadi lebeh kurang macam nie...

letak plak kertas foil tu atas kad tadi..

letak petrol ckit...

TIBA-TIBA

api menyala !!!
peringatan,anda dinasihatkan untuk tidak mengunakan handphone ketika di stesen minyak.....

Sumber: idhamlim.blogspot.com
Baca Seterusnya...

Tuesday, December 29, 2009

Hmm...



- Lamanye tak post ape2 dalam blog ni.Last post 1 Disember dan sekarang sudah 29 haribulan.Hampir sebulan jugak blog ni tak diupdate.

- Dulu masa mule2 buat blog,bukan main semangat lagi.Boleh kata setiap hari asyik update je blog.Ada je benda2 yang nak dipost.Ikut suka hatilah nak post ape.Memang tekad hati masa 2 nak sentiasa update blog ni. Tapi 2 masa permulaan je.Sekarang?

- Hangat2 tahi ayam.Peribahasa yang mungkin sesuai bagi saya. Ingatkan nak jadikan blog ni ramai follower,tak pun ramai visitor,tapi tak jadi pulak.Hmm...



Baca Seterusnya...

Tuesday, December 1, 2009

Sekarang..

Sekarang tengah cuti panjang,cuti sebab baru habis belajar atau dengan kata lain baru je menamatkan pengajian di 'U'.

Sekarang saya sudah bergelar 'graduan',tapi bukan yang tanam anggur lagi,sebabnya belum pun sampai dua bulan.Kalau dah lebih dari tempoh itu,barulah boleh dapat title 'penanam anggur'(pendapat sayalah).

Sekarang sedang menunggu keputusan final exam semester yang lepas.Harap-harap oklah.


Sekarang tengah menghabiskan masa lapang di rumah dengan 'aktiviti-aktiviti' tersendiri,antaranya menambahkan lagi lapisan di bahagian bawah perut.

Sekarang tengah cuba mencari kerja-kerja yang sesuai dengan kelulusan.Dan sementara dapat kerja yang diidamkan,alhamdulillah.Tapi hakikatnya,bukan mudah.

Sekarang nak cari kerja part time dulu(cadang2 lah),tapi susah jugak nak cari kerja yang sesuai.

Sekarang tengah taip entry terbaru kat blog,hehehe...

Baca Seterusnya...