MAMAT ni amat lah tergila-gilakan MINAH anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngorat-punya-ngorat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. Agak terganggulah jugak kemanisan malam pertamanya tu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah menggejutkan semua isi rumah untuk Solat Subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan Solat Subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Pak Haji Dollah.Minah. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang Berwirid.
Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,
"Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" tanya Pak Haji Dollah..
Si Mamat Jawab "eh.. ia ke tiga rakaat?? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."
"Masya Allah"...Mengucap panjang Pak Haji Dollah..Si Minah pulak tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya..Rupanya Si Mamat ni tak pernah sembahyang Subuh..dia tak tau Solat Subuh 2 Rakaat..

Sumber: akukahmilikmu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment