http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Wednesday, October 21, 2009

Al-kataki Dalam Politik Malaysia


Ada seorang ahli politik ni.Dia dari sebuah negeri di pantai timur.Dulunya dalam sebuah parti politik,pernah menjawat jawatan ketua bahagian tetapi kemudian ditendang keluar pula.Tinggallah dia dan segelintir pengikut setianya sahaja.

Pernah cuba bertanding dalam pilihanraya kecil,di negeri ni jugak.Tapi nasibnya memang tak baik.Kalah dengan teruk sekali,lingkup,bungkus,hancur.Wang deposit pencalonan pun hilang.Apalah malang nasib ahli politik ni.



Nak dijadikan cerita,dalam pilihanraya umum yang lepas,bukan main beriya-iya lagi dia ni nak bertanding mewakili sebuah parti politik Islam.Sampai sanggup merayu lagi.Dia kata,perjuangan dia ngan parti Islam tu sama.Dia kata lagi yang dia tak suka dah ngan bekas parti lamanya.

Ramai ahli2 parti Islam tu tak setuju,menentang kemahuan ahli politik ni.Tapi entah macam mana pemimpin nombor 1 parti Islam ni membenarkan kehendaknya untuk bertanding sebagai calon parti tersebut.Terima jelah...taat kepada pemimpin mesti didahulukan.

Bila dah bertanding dan mendapat sokongan serta undi ahli1 parti Islam,menanglah ahli politik ni.Jadilah dia ahli parlimen,dapat masuk parlimen,dapat berbahas,dapat masuk siaran langsung tv.Bertuah betul dia ni.

Bulan pertama,kedua,ketiga kira ok lagi.Tapi bila dah lepas setengah tahun pasca pilihanraya umum,mulalah ahli politik ni menunjukkan rupanya yang sebenar.Serangan demi serangan dia lemparkan kepada parti Islam yang sebelumnya memberikan dia peluang untuk bertanding dalam pilihanraya.Apa punya perangai tak mengenang budi langsung.

Bila didesak supaya meletak jawatan sebagai ahli parlimen,dia kata buat apa nak letak jawatan.Dia menang sebab rakyat di kawasan parlimen dia undi dia,menangkan dia.Jadi apapun dia kata,terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Nak kata dia bodoh,tak patut pulak.Sebab dia ni berpendidikan orangnya.Pangkat Datuk lagi.Tapi dia tak tahu ke yang menangkan dia dalam pilihanraya tu ialah undi daripada ahli2 parti Islam tu?Akai tak da kah kata orang utara.

Berita yang terbaru pasal ahli politik ni katanya yang dia nak kembali balik ke dalam parti politik yang tendang dia dulu.Sebabnya dia kata parti politik ni dah berubah,tak macam dulu masa dia kena halau,kena singkir,masa dia dimalukan dengan teruknya.Tak pelah pun kalau nak balik semula,tapi kalau dia ni ada prinsip dan maruah,lepaskanlah jawatan sebagai ahli parlimen tu.Dia menang sebab ahli parti lain yang undi dia.Kalau dia tak buat macam 2,dia saya anggap sebagai ahli politik katak,jap2 lompat sini,jap2 lompat sana.Kalau kat sini banyak serangga,dia pilah sini,tapi kalau nun jauh di sana pulak banyak serangga dia pilah sana pulak.Jadilah dia Al-Kataki.

Nak tau sape ahli politik ni?Dia sorang je yang mendapat gelaran unik ni.Klik link di bawah ni.

AL-KATAKI



Baca Seterusnya...

Monday, October 19, 2009

Asal Usul Nama Nasi Lemak


Nasi lemak memang enak dimakan sebagai juadah sarapan pagi,dengan rasa nasinya yang berlemak,sambalnya yang pedas tapi manis,ikan bilis yang digoreng rangup,kacang tanah yang coklat kekuningan,telur goreng mahupun rebus,dan tak lupa juga timun yang putih menghijau, melambangkan ke'mewahan' menu wajib/separa wajib bagi rakyat Malaysia,tak kira Melayu,Cina,India dan lain-lain lagi.Tetapi,tahukah anda bagaimana nasi lemak mendapat namanya?Bagi yang pernah mendengar cerita mengenainya,tak mengapa.Bagi yang belum pulak,bacalah kisah di bawah.

Alkisah...




Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri.

Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka.

Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya.

Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.

Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara

yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut.

Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi.

Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam

nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak

berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk
menyerikan lagi nasi tersebut.

"Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti.

" bisiknya didalam hati.

Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah.

Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak
Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya.

"Apa kau masak ni, Seri?"

"Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum

bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawap, "Nasi le! Mak!".

Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan

NASI LEMAK.


Hehehe...sekadar suka2 je...credit to pandir(asal usul nama nasi lemak)



Baca Seterusnya...

Saturday, October 17, 2009

PenguMuman!


Mulai hari ini dan seterusnya,blog ini akan menggunakan alamat yang berikut:

http://sesukahati86.blogspot.com

ia menggantikan alamat lama iaitu:

http://lamaka86.blogspot.com

harap maklum.


Baca Seterusnya...

Thursday, October 15, 2009

UMNO Ciplak Slogan Pas

Semalam saya ada terbaca tajuk satu berita di muka depan sebuah akhbar harian berbahasa inggeris(NST rasanya) yang berbunyi UMNO for all. Kali pertama terbaca tajuk tu,saya terasa macam pernah dengar "for all" tu sebelum ni.Bila saya cuba ingat balik,barulah saya perasan yang "for all" tu ialah slogan bagi parti PAS iaitu PAS for all.Tengok logo kat bawah kalau tak percaya.













UMNO ni macam dah tak ada idea sendiri je,balik-balik nak ambik idea orang lain.Mungkin baru sekarang UMNO sedar bahawa perjuangan untuk semua bangsa yang dibawa oleh PAS sebelum ni sangat berkesan untuk menarik hati dan sokongan kaum-kaum bukan Melayu.Tengoklah hasilnya dalan pilihanraya umum yang lalu apabila PAS menang banyak kerusi parlimen dan juga dun.Sebabnya orang2 Cina dan India terpikat dengan konsep/idea for all yang dibawa oleh PAS.

Saya risau jikalau UMNO menggunakan idea "for all" yang diciplak ini dalam perjuangan mereka,orang2 Cina dan India akan meninggalkan PAS dan kembali semula kepada BN yang diterajui oleh UMNO.Kalau itu berlakunya,alamatnya PAS berkemungkinan akan kehilangan banyak kerusi yang ia menangi dalam pilihanraya umum yang lalu.Bukan sahaja PAS,parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat juga berkemungkinan akan jatuh tersungkur dengan teruknya dalam pilihanraya umum ke-13 nanti jikalau tiada apa2 yang dilakukan untuk menahan kemaraan UMNO setakat ini. PAS perlu melakukan sesuatu untuk memastikan ia masih lagi menjadi pilihan terbaik bukan sahaja bagi orang2 Melayu tetapi juga bagi kaum2 bukan Melayu, dan bukannya UMNO!





Baca Seterusnya...

Wednesday, October 14, 2009

Kisah Bulan Madu

Ada tiga orang adik beradik, tiga tiga nya perempuan. Anak
yang tua namanya Suzana Anak yang tengah namanya Siti Anak ketiga
namanya Sari Oleh kerana mereka bertiga ini menjadi kesayangan
kedua orangtuanya,jadi dikawinkanya mereka bertiga ini serentak.Dan
pergilah mereka berbulan madu ditempat berasingan.Suzana pergi ke
Pulau Kapas Siti pergi Ke Pulau Pangkor dan Sari sibungsu pergi ke
Pulau Langkawii.....

Selama mereka berbulan madu, kedua Orang Tua
mereka meminta mereka mengirimkan berita tentang segala yang terjadi
selama mereka berbulan madu.Tapi supaya berita yang dikirim agak
singkat mereka menggunakan KODE iaitu Iklan-iklan suratkhabar/
TV.

Tiga hari setelah mereka berbulan madu diterimalah sebuah surat
dari Suzana diPulau Kapas.Isi beritanya cukup sederhana "STANDARD CHARTERED".
Setelah membaca berita tersebut mereka mencari Iklan Standard Chartered di
suratkhabar dan terbacalah Tulisan besar berbunyi "BESAR, TEGUH dan
PERAMAH" tersenyumlah kedua orang tua mereka membaca berita dari Suzana

Hari ke 4 datang surat kedua dari Siti di Pulau Pangkor.....isi
berita nya juga cukup singkat yaitu...NESCAFE.Setelah membaca surat
tersebut ..dengan tergesa-gesa kedua orang tua mereka mencari
suratkhabar dan membaca Iklan NESCAFE..yang berbunyi ..
"NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR" maka kedua orang tua mereka pun
tersenyum bahagia sambil ketawa haha..hihi..kah kah kah

Hari ke 5 ditunggu tidak ada
surat yang datang ,Hari ke 6 begitu pula tidak ada sebuah surat pun.
Hari ke 7 begitu pula tidak ada kabar dari anak bungsu mereka si Sari yang
masih berbulan Madu ...Setelah masuk minggu kedua ......akhirnya kedua orang
tua mereka menerima surat juga dari Sari yang berbulan madu di Langkawi dan
Isi beritanya cukup singkat ?CATHAY PACIFIC? Segera kedua orang tua
mereka mencari Iklan penerbangan Cathay Pacific yang ada di Akhbar
...dan jumpalah iklan penerbangan dengan tulisan besar
"7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI NON-STOP" !!!!!!!!




Baca Seterusnya...