http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Sunday, September 27, 2009

Berakhirnya Cuti


Hari ini tamatlah cuti musim perayaan saya.Sudah lebih 2 minggu saya meninggalkan 'Taman Ilmu & Budi' untuk berhari raya di kampung bersama-sama keluarga yang tersayang.Taman Ilmu & Budi-itulah gelaran yang diberikan kepada Universiti Islam Antarabangsa-bersesuaian dengan fungsinya sebagai tempat untuk menuntut ilmu dan melengkapi diri dengan budi pekerti yang mulia.

Pejam celik pejam celik,hari ni sudah masuk hari kelapan bulan Syawal.Mahu percaya ataupun tidak,esok kelas akan bermula seperti biasa. Saya akan kembali semula ke kuliah,untuk menyambung semula pengajian yang tertangguh lantaran cuti hari raya.Rasa macam berat hati nak pergi kelas esok,sebab mood hari raya masih menguasai diri.Mood belajar pulak,lambat sikit nak muncul,hehe...

Balik kampung naik motor,balik UIA pun naik motor jugak.Perjalanan seperti biasa,akan mengambil masa selama 1 jam setengah-dengan kelajuan 80 km/j.Mungkin jalan menghala ke ibu kota hari ini akan menjadi sesak dengan kembalinya warga kota seusai menghabiskan cuti di kampung.Mujur naik motor,jadi bolehlah melepaskan diri dari kesesakkan jalanraya nanti.

Bagi para pelajar,mereka akan kembali dengan rutin harian mereka iaitu pergi ke kelas.Bagi para pekerja pula,mereka akan kembali melakukan rutin harian mereka iaitu pergi ke pejabat ataupun tempat kerja.Inilah persamaan antara mereka,tak terkecuali anda juga iaitu bila cuti dah habis,buat balik apa yang tertangguh,dan meneruskan kembali kehidupan yang dipenuhi dengan kerja,tugas serta tanggungjawab.

Selamat kembali bekerja dan belajar kepada semua.^.^





Baca Seterusnya...

Saturday, September 26, 2009

Satu Malaysia /1 Malaysia (Lagu Tema Rasmi)


Baca Seterusnya...

Isu Selcat: PAS timbang tindakan disiplin terhadap Hasan Ali?


PETALING JAYA: PAS Pusat dipercayai sedang mempertimbangkan 'tindakan lebih keras' kali ini terhadap Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali ekoran pendirian terbuka beliau mempertikaikan perjalanan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) - negeri diterajui Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan Hasan akan berhadapan dengan tindakan keras itu ekoran pendirian terus-menerus beliau membelakangi semangat dan kesetiakawanan Pakatan Rakyat buat kali ketiga dalam tempoh 18 bulan yang lalu.


Malah, mStar Online juga difahamkan Jawatankuasa Kerja pusat PAS telah memberi 'amaran' secara lisan kepada Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, dua kali sebelum ini termasuk berhubung soal pengharaman jualan arak di Shah Alam baru-baru ini.

Salah lagi isu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya 'mempertikaikan' isu sedekah korban lembu oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akhir tahun lalu.

Langkah itu juga dipercayai ada kaitan dengan tekanan daripada barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja PAS, dijadual untuk diadakan 11 Oktober ini tetapi kemungkinan dipercepatkan ekoran pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun beberapa pemimpin yang dihubungi tidak dapat mengesahkan bentuk tindakan disiplin yang kemungkinan diambil.

Difahamkan walaupun beberapa pemimpin dalam PAS mempersoalkan tindakan Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor itu terus menerima sokongan padu Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa serta Ketua Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

"Saya percaya Jawatankuasa Kerja akan meminta penjelasan daripada Datuk Hasan dalam isu ini. Kami akan mendapatkan penjelasan mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil ke atas Hasan, Mahfuz berkata:

"Itu saya tidak tahu, tidak boleh pastikan... ia kena tanya pada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang diketuai oleh Tuan Ibrahim (Tuan Man) (seorang lagi Naib Presiden PAS)."


Baca Seterusnya...

Vaksin Pencegah Kanser Pangkal Rahim


Kerajaan telah memutuskan bahawa mulai tahun depan remaja-remaja perempuan berumur 13 tahun akan diberikan vaksin untuk mencegah kanser pangkal rahim.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkannya semalam memberitahu bahawa pemberian vaksin tersebut akan dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara.


Difahamkan bahawa kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua yang kerap dihidapi oleh golongan wanita di negara ini selepas kanser payudara.Berkaitan perkara tersebut,Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata:"Wanita Cina di negara ini mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita kaum lain iaitu 23.2 peratus berbanding India (16.4 peratus) dan Melayu (8.7 peratus).
Usaha kerajaan untuk memberi vaksin tersebut ialah sesuatu yang harus dipuji.Ia membuktikan bahawa kerajaan mengambil perhatian serius terhadap kesihatan golongan wanita di negara ini.

Pemberian vaksin tersebut secara percuma juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkannya disebabkan harganya yang agak mahal.Ini sememangnya bertepatan dengan slogan kerajaan 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan'.




Baca Seterusnya...

Friday, September 25, 2009

Ops Sikap Gagal Penuhi Matlamat


Dalam Buletin Utama TV3 malam ni,saya tertarik dengan satu berita.Berita tersebut mengenai Ops Sikap ke-20 yang dijalankan oleh pihak polis sempena musim perayaan aidilfitri.Dalam berita tersebut,Ketua Polis Negara melahirkan kekecewaannya yang teramat sangat dengan kadar kematian yang disifatkannya terlalu tinggi.Sehingga semalam sahaja 210 kematian telah dicatatkan,sesuatu yang menunjukkan betapa kempen Ops Sikap telah gagal mencapai matlamatnya iaitu mengurangkan kemalangan jalanraya bersempena musim perayaan aidilfitri.

Semuanya berbalik kepada sikap pengguna jalanraya kita.Kalaupun kita berhati-hati di jalanraya tetapi orang lain tidak,tak guna jugak.Ada sahaja kemalangan yang berpunca dari kecuaian seorang pengguna jalanraya-memotong di garisan berkembar-sebagai contoh tetapi melibatkan pengguna2 jalanraya yang lain.Tak pasal-pasal beberapa nyawa yang tidak bersalah melayang begitu saja,hanya disebabkan sikap mementingkan diri dan tidak sabar seorang pengguna jalanraya yang 'BODOH'! Maka ramailah yang menangisi kehilangan orang yang tersayang.

Susah sangat ke nak bertimbangrasa dan berhemah di jalanraya?Walhal tempat yang dituju tu kat situ jugak,tak lari kemana pun.Kalau nak pandu laju2 sebab nak menunjuk-nunjuk kehebatan dan kecekapan membawa kereta,jalanraya bukan tempatnya,Tempatnya nun di litar sana tu.

Nyawa bukannya boleh ditukar ganti.Ia juga tidak boleh dibeli dengan wang berjuta mahupun berbilion ringgit.Bila dah hilang,ia tak akan kembali lagi.Kalaupun kita tak ambil berat akan diri kita,nyawa kita,sekurang-kurangnya ingatlah insan-insan yang menyayangi kita.

Baca Seterusnya...