Saturday, September 19, 2009
Hari Terakhir Berpuasa

Setelah hampir sebulan kita berada di bulan yang menuntut kita supaya menahan lapar dan dahaga di siang hari,supaya kita dapat menyelami perasaan dan penderitaan orang2 tidak bernasib baik,yang hanya mampu makan sekali sehari, kemudian di malamnya pula kita digalakkan untuk bersama-sama menunaikan solat terawih di dalam satu jemaah,kita kini berada di ambang satu hari di mana kita semua, tak kira tua mahupun muda,lelaki mahupun perempuan akan sama2 menyambutnya dengan tahmid kesyukuran kepada Ilahi.
Sudah pastinya ramai di antara kita pada hari ini sibuk dengan kerja masing-masing. Ada yang mengemas dan menghias rumah,ada yang menganyam ketupat,ada yang membakar lemang dan tak lupa juga ada yang pada hari ini baru nak menunaikan zakat. Sebahagian umat Islam juga ada yang menjadikan hari ini sebagai hari terakhir untuk membeli-belah,kerana biasanya pada ketika inilah mereka akan dapat membeli barang dengan harga yang murah(selepas diskaun).
Kanak-kanak pula dengan aktiviti-aktiviti mereka yang tersendiri di hari terakhir bulan Ramadan ini. Ada yang berkumpul sesama mereka untuk membincangkan rumah mana yang wajib di'serbu' pada hari raya nanti. Tujuan mereka hanya satu iaitu untuk mendapatkan duit raya sebanyak mungkin. Ada juga yang sibuk membeli dan mengumpul 'senjata-senjata' yang diperlukan untuk berperang pada malam raya nanti. Harap-harapnya tiada yang menjadi mangsa dalam perang itu nanti.
Apa sahaja yang dilakukan pada hari ini,semuanya ialah untuk menyambut hari kegembiraan,kemenangan dan kebesaran bagi umat Islam. Hari di mana mereka semua bergembira disamping memohon kemaafan di atas salah silap sepanjang setahun yang telah berlalu serta menghidupkan budaya kunjung-mengunjung sesama mereka.Itulah dia hari raya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Baca Seterusnya...
Friday, September 18, 2009
Petua Menghilangkan Sakit Tekak

Sebelum berbuka,saya pun belilah sebotol air asam jawa. Nak buat sendiri,takut tak jadi. Lagipun bukannya mahal sangat pun. Saya tak pikir sangat pasal harga,sebab sakit tekak punya pasal,asal boleh hilangkan atau sekurang-kurangnya meredakan sakit tekak saya ni,itu dah memadai.
Bila azan maghrib berkumandang menandakan bahawa telah masuk waktu berbuka puasa,saya pun minum air asam jawa yang saya beli. Minum sikit-sikit,sebab rasanya yang masam jadi tak boleh minum cepat-cepat sekaligus. Lepas minum beberapa teguk,saya dapat rasakan bahawa sakit tekak saya dah kurang. Alhamdulillah, sekarang ni rasa sakit tekak tak lah seteruk siang tadi. Dah reda sikit kesakitan yang saya alami.
Jadi, jikalau anda sakit tekak,minumlah air asam jawa. Insyaallah,anda akan dapati ianya berkesan untuk menghilangkan sakit tekak yang anda alami. Kalau tak de asam jawa pun,minumlah air suam banyak2. Petua ini saya kongsi dengan anda untuk anda amalkan bila anda menghadapi masalah yang sama seperti saya. Lagipun tak salah untuk berkongsi ilmu bila ianya untuk kebaikkan kita.
Baca Seterusnya...
Samy Vellu satu liabiliti pada BN - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.
Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri juga kalah.
"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.
"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.
Mengambil contoh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.
"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"
Tindakan Dr Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.
Dr Mahathir berkata pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.
"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.
"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.
"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.
Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Dr Mahathir berkata apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.
Dr Mahathir berkata pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.
"Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.
"Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi," katanya.
Dr Mahathir berkata pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.
Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.
Dr Mahathir juga berkata Samy Vellu tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.
Samy, kata Dr Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.
"Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong," kata Dr Mahathir.
Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.
"Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.
"Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orng Melayu, saya perlu tegur," kata Dr Mahathir. BERNAMA
Baca Seterusnya...
Kurang Sihat

Dikala diri ini menahan kesakitan,tersedar saya akan betapa berharganya nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh tuhan kepada kita. Memanglah apabila kita sihat,kita tak pernah langsung atau tak pernah terlintas di fikiran kita akan wujudnya nikmat yang dipanggil "kesihatan".Tup2 bila sakit,baru kita kenal dan jumpa kembali nikmat tersebut yang mana sebelum ini hilang dari kotak pemikiran kita.
Jadi nasihat saya kepada anda semua, jagalah kesihatan,lebih2 lagi dengan hari raya yang bakal menjelma tak lama lagi. Janganlah orang lain bergembira pada hari tersebut,kita pula yang terpaksa menahan diri daripada merasai kegembiraan bersama-sama mereka.Ingat,hari raya ialah hari kegembiraan bagi kita semua selepas sebulan berpuasa.Jadi,ceriakanlah hari tersebut dengan senyuman dan gelak ketawa.
Baca Seterusnya...