http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Thursday, October 8, 2009

Anda Sendiri Nilai Siapa Yang Berbohong

Baru-baru ini Ketua Putera UMNO Malaysia Datuk Abdul Azeez mendakwa bahawa beliau telah dipukul oleh lebih kurang 20 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon PRK Bagan Pinang tempoh hari.Dakwanya lagi,beliau telah mendapat lebam2 dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.Betul ke?Anda sendiri boleh lihat gambar2 di bawah dan menilai sendiri dakwaan beliau.


http://saynotomunafiqeen.blogspot.com


GEMPAR !! GAMBAR AZEEZ REMPIT SEDANG DIBELASAH OLEH PENYOKONG PAS




Abdul Azeez sedang mempertahankan Menteri Ismail Sabri.







Abdul Azeez dibelasah lebih 20 orang penyokong PAS.Lihat gambar, Abdul Azeez sedang dicekik.


Kami kagum Putera Umno iaitu Abdul Azeez masih bernyawa dan sanggup berkorban untuk orang lain.

Kami di Bagan utama berbangga dapat merakam aksi samseng penyokong PAS.

Datuk Abdul Azeez boleh amik gambar ini sebagai bukti rekod bagi mendakwa 20 orang penyokong PAS yang bertindak liar itu.Kami tidak minta royalti untuk tiga gambar ini. Kami juga mohon maaf kerana tidak bantu Datuk.

Semoga Datuk cepat sembuh.



Baca Seterusnya...

Wednesday, October 7, 2009

Sedikit Perkembangan Tentang PRK N31 Bagan Pinang

Pengundi Cina sudah tidak takut PAS


BAGAN PINANG, 7 Okt - Kehangatan kempen hari kelima pada hari ini semakin terasa. Poster-poster parti bertanding semakin galak menghiasi jalan-jalan raya di dalam kawasan mengundi khususnya pada hari ini.


Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar tetap bertenaga dalam meneruskan kempen beliau walaupun jadual kempennya sentiasa padat. Beliau yang ditemui semasa sesi lawatan dari rumah ke rumah dan premis-premis perniagaan bagi menemui pengundi-pengundi Cina di sekitar Batu 9, Jalan Teluk Kemang kelihatan ceria dan bersemangat.


Siri kempen dan ziarah pada sebelah pagi ini dijayakan bersama dengan DAP Teluk Kemang. Rombongan ziarah calon diiringi bersama oleh ADUN Lukut, YB Ean Yong dan ADUN Bukit Mertajam, YB Chong Eng yang juga Ketua Wanita DAP Kebangsaan dan beberapa pimpinan setempat.


Ziarah calon PAS pagi tadi benar-benar menampakkan suasana harmoni dan muhibbah, yang turut disertai oleh pimpinan masyarakat Cina dan India. Sambutan luar biasa kaum Cina terhadap calon PAS, bukti pengundi bukan Melayu kini sudah berani berubah.

Inilah sebenarnya kejayaan perjuangan PAS selama ini sehinggakan berjaya melenyapkan rasa takut dan pesimis masyarakat bukan Islam kepada PAS dan Islam. Malah dalam siri pilihanraya kecil yang lalu, semangat perpaduan dalam Pakatan Rakyat ini dapat dilihat. Kerjasama yang padu antara pelbagai kaum dalam memenangkan calon PAS diteruskan lagi dalam pilihanraya kecil N.31 ini.


Rata-rata pengundi berbangsa Cina yang ditemui Zulkefly menunjukkan sokongan yang baik kepada calon PAS itu menyatakan bahawa pengundi Cina sudah tidak takut lagi pada PAS. Isu perkauman dah hukum Hudud yang sering dimomokan BN sebelum ini.

Pengundi yang ditemuinya berkata, masyarakat Cina di sini menjelaskan mereka tidak lagi takut kepada hukum hudud biar pun cuba diuar-uarkan media massa kerana sudah faham kedudukan sebenar. Sama ada tanah di Perak, isu Hudud, isu arak di Selangor mahupun isu kuil di Shah Alam, jawapan mereka, "Kita (tionghua) sudah faham dengan perjuangan PAS".

Turut bersama dalam kempen tersebut adalah isteri beliau, Saeiah Tarmizi.

sumber:http://prkn31baganpinang.pas.org.my/



Baca Seterusnya...

Lamanya Tak Buat Post Sendiri

-Dah berapa hari agak-agaknya saya tak buat post saya sendiri?hmm...

-Bukan tak nak buat,tapi tahu-tahu jelah...kehidupan sebagai seorang 'student' membuatkan saya susah untuk mencari masa yang sesuai untuk pergi ke CC.

-Apa CC tu?

-Cyber Cafe laa..

-Ditambah lagi dengan ke'blur'ran yang melanda otak ni...pikir punya pikir tentang apa yang nak dipaparkan kat blog tapi tak jumpa2.


-Macam otak ni memb
eku...je

-Last2,buat post ni aje,hehehe...

-Oh ye..untuk pengetahuan anda semua,Universiti Islam Antarabangsa akan mengadakan majlis konvokesyennya yang ke-25 pada minggu ini,bermula dari 10 hingga 12 Oktober.

-Jadinya,bagi mereka yang menetap di area2 berhampiran dengan Gombak,bolehlah datang ke UIA untuk sama2 memeriahkan majlis ini.

-Tak kisahlah walaupun anda tiada anak mahupun saudara mara yang akan menerima skrol ijazah pada hari tersebut.Anda datang sahaja ke Convest Hill UIA.

-Kat situ ada banyak gerai,daripada gerai makan,cenderamata dan macam2 lagi..pentas konsert pun ada jugak.

Ingat ye,dari 10 hingga 12 Oktober 2009.

-Jomlah kenali UIA dengan lebih dekat...


Baca Seterusnya...

Monday, October 5, 2009

Mari Mengenal Calon Pas Bagi PRK N31 Bagan Pinang


A. Latar Belakang Peribadi

Nama : Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar
Tempat Lahir : Lenggeng, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 14 Mei 1964 (45 tahun)
Nama Isteri : Saeiah bt Tarmizi
Bilangan Anak : 6 orang (4 Lelaki 2 Perempuan)


B. Latar Belakang Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Sains (Master In Science – Corporat
    Communication), UPM
  • Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) UiTM


C. Latar Belakang Politik Dalam PAS

  • Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - )
  • Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005 – 2007)
  • Mantan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan (2003 – 2005)
  • Mantan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (2001 – 2005)
  • Mantan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (2004 – 2005)
  • Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2001 – 2004)
  • Mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Seremban (1998 – 2000)


D. Latar Belakang Kerjaya

  • Pengarah Urusan / Konsultan Syarikat L & R Enterprise Sdn.Bhd
  • Mantan Pengurus Kanan Pembangunan Korporat – IS Technologies Sdn.Bhd (1999 – 2004)
  • Mantan Pengurus Pembangunan Bisnes – Telekom Malaysia
  • Mantan Eksekutif Perhubungan Korporat Pusat Zakat Selangor
  • Mantan Pegawai Perhubungan Ko-operasi Celcom


E. Latar Belakang Organisasi NGO

  • Pengerusi No Incinerator Broga (Negeri Sembilan-Selangor)
  • Penasihat Persatuan Penduduk Tiang / Sri Petaling, Jelebu Negeri Sembilan
  • Penasihat Kelab Penyokong PAS (Mantin, Ulu Branang,Broga
  • Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Negeri Sembilan

Baca Seterusnya...

Sunday, October 4, 2009

Jenaka Hari Ini

Mertua Vs Menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.



---- sumbangan: tori
http://gelihati.blogspot.com/

Baca Seterusnya...