http://www.emailcashpro.com

TerimA Kasih SaYa UcapkaN KepaDa Anda KeraNa Sudi MenGunJungi Blog Ini. SebeLum Pergi, Sila TinGGalkan SepataH Dua Kata di Chatbox SupaYa Saya DapaT Mengunjungi BloG Anda Pula (^.^)

Wednesday, October 7, 2009

Lamanya Tak Buat Post Sendiri

-Dah berapa hari agak-agaknya saya tak buat post saya sendiri?hmm...

-Bukan tak nak buat,tapi tahu-tahu jelah...kehidupan sebagai seorang 'student' membuatkan saya susah untuk mencari masa yang sesuai untuk pergi ke CC.

-Apa CC tu?

-Cyber Cafe laa..

-Ditambah lagi dengan ke'blur'ran yang melanda otak ni...pikir punya pikir tentang apa yang nak dipaparkan kat blog tapi tak jumpa2.


-Macam otak ni memb
eku...je

-Last2,buat post ni aje,hehehe...

-Oh ye..untuk pengetahuan anda semua,Universiti Islam Antarabangsa akan mengadakan majlis konvokesyennya yang ke-25 pada minggu ini,bermula dari 10 hingga 12 Oktober.

-Jadinya,bagi mereka yang menetap di area2 berhampiran dengan Gombak,bolehlah datang ke UIA untuk sama2 memeriahkan majlis ini.

-Tak kisahlah walaupun anda tiada anak mahupun saudara mara yang akan menerima skrol ijazah pada hari tersebut.Anda datang sahaja ke Convest Hill UIA.

-Kat situ ada banyak gerai,daripada gerai makan,cenderamata dan macam2 lagi..pentas konsert pun ada jugak.

Ingat ye,dari 10 hingga 12 Oktober 2009.

-Jomlah kenali UIA dengan lebih dekat...


Baca Seterusnya...

Monday, October 5, 2009

Mari Mengenal Calon Pas Bagi PRK N31 Bagan Pinang


A. Latar Belakang Peribadi

Nama : Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar
Tempat Lahir : Lenggeng, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 14 Mei 1964 (45 tahun)
Nama Isteri : Saeiah bt Tarmizi
Bilangan Anak : 6 orang (4 Lelaki 2 Perempuan)


B. Latar Belakang Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Sains (Master In Science – Corporat
    Communication), UPM
  • Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) UiTM


C. Latar Belakang Politik Dalam PAS

  • Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - )
  • Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005 – 2007)
  • Mantan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan (2003 – 2005)
  • Mantan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (2001 – 2005)
  • Mantan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (2004 – 2005)
  • Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan (2001 – 2004)
  • Mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Seremban (1998 – 2000)


D. Latar Belakang Kerjaya

  • Pengarah Urusan / Konsultan Syarikat L & R Enterprise Sdn.Bhd
  • Mantan Pengurus Kanan Pembangunan Korporat – IS Technologies Sdn.Bhd (1999 – 2004)
  • Mantan Pengurus Pembangunan Bisnes – Telekom Malaysia
  • Mantan Eksekutif Perhubungan Korporat Pusat Zakat Selangor
  • Mantan Pegawai Perhubungan Ko-operasi Celcom


E. Latar Belakang Organisasi NGO

  • Pengerusi No Incinerator Broga (Negeri Sembilan-Selangor)
  • Penasihat Persatuan Penduduk Tiang / Sri Petaling, Jelebu Negeri Sembilan
  • Penasihat Kelab Penyokong PAS (Mantin, Ulu Branang,Broga
  • Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Cawangan Negeri Sembilan

Baca Seterusnya...

Sunday, October 4, 2009

Jenaka Hari Ini

Mertua Vs Menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.



---- sumbangan: tori
http://gelihati.blogspot.com/

Baca Seterusnya...

Friday, October 2, 2009

Suami isteri terkejut sejadah 'berdiri' sendiri

Pakcik Mohamad Shuhaimi, Mohd Zaki Saad (kanan), menunjukkan 'Sejadah Berdiri'. -Foto THE STAR oleh MUSTAFA AHMAD

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba 'berdiri' dengan sendiri malam tadi (1 Okt).

Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli masing-masing berusia 26 tahun menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari.



Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan merupakan hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lepas.

Mohamad Shuhaimi Md Ilias (kanan) dengan isterinya, Zainab Ramli (kiri) dan anak perempuannya Puteri Kaira Balqisha menerangkan tentang arah 'kiblat' dan 'sejadah berdiri' di rumahnya.

"Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu.

Jiran-jiran berkerumun ke rumah pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli selepas mendengar cerita 'Sejadah Berdiri'.

Mohamad Shuhaimi berkata beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut.

"Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya.

"Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya 'berdiri', tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya.

Mohamad Shuhaimi (ketiga dari kanan) menjelaskan kepada para tetamu tentang 'Sejadah Berdiri' yang menyerupai seorang Muslimah menunaikan solat.

Katanya beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya.

Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah 'berdiri' berkenaan. BERNAMA

---> Ntah betul ntah tidak yang sejadah tu benar2 berdiri sendiri .Sekali imbas gambar2 yang ditunjukkan macam dibuat2 je.Pegang2,lipat sana sini sikit,jadilah ''sejadah berdiri''.Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak.Tapi bagi saya,sukar untuk mempercayainya.Wallahua'lam.Oh ye,sila klik baca seterusnya untuk membaca kisah penuh.


Baca Seterusnya...

Thursday, October 1, 2009

'Doktor Lawak' Patch Adams percaya jenaka adalah terapi sembuh penyakit

DR Hunter Adams atau lebih dikenali sebagai 'Patch' Adams ialah doktor dan pelawak. -Foto AFP

DR Hunter Adams atau lebih dikenali sebagai 'Patch' Adams bukan doktor biasa yang pesakit temui. Dr Patch Adams ialah seorang pelawak. Kanak-kanak yang sakit tentu suka berjumpa dengan doktor lawak ini.

Adams percaya lawak jenaka, hilai ketawa dan kreativiti adalah sebahagian daripada proses penyembuhan pesakit.


Malah sepanjang 12 tahun dia berkhidmat di Institut Gesundheit - sebuah pusat perubatan di West Virginia, beliau dan rakan-rakan sekerjanya telah mempraktikkan perubatan "ala-lawak" ini.

Mereka mengamalkannya pada kira-kira 15,000 pesakit. Adams menghabiskan masa yang banyak mengkaji apa-apa yang membuat seseorang itu gembira.

Kata Adams: "Sebagai seorang doktor, saya percaya amat penting bagi seseorang individu itu gembira demi kesihatan. Ia mungkin merupakan faktor terpenting untuk menjamin kesihatan seseorang itu."

Adams hakikatnya adalah seorang aktivis sosial yang menghabiskan masa 30 tahun untuk membawa pembaharuan pada sistem penjagaan kesihatan di Amerika Syarikat (AS).

'Doktor lawak' membawa kegembiraan kepada kanak-kanak yang sakit.

Beliau menyifatkan sistem penjagaan kesihatan AS sebagai sistem yang "mahal dan elitis." Beliau mempromosikan satu model penjagaan kesihatan yang tidak disokong oleh polisi insuran semata-mata.

Beliau yang dilahirkan pada 28 Mei 1945 di Washington telah mengasaskan Institut Gesundheit pada 1972. Setiap tahun, dia juga menganjurkan lawatan untuk para sukarelawan mengembara ke seluruh dunia.

Para sukarelawan tersebut berpakaian sebagai badut untuk menghiburkan anak-anak yatim, pesakit, mangsa-mangsa peperangan serta bencana alam.

Patch Adams berjenaka dengan seorang mangsa tsunami di Hikkaduwa, selatan Sri Lanka pada 22 Mac 2005. Adams dan kumpulan seramai 30 pengamal perubatan yang juga pelawak menghabiskan seminggu di situ untuk merawat sambil menghiburkan mangsa-mangsa bencana alam. -Foto REUTERS

Misalnya, pada tahun 1998, Adams melawat Bosnia, sebuah negara yang dilanda peperangan ketika itu untuk memberikan bantuan.

Kehidupan istimewa doktor lawak bergelar Patch Adams ini memberikan inspirasi kepada sutradara filem untuk menghasilkan filem 'Patch Adams' yang dibintangi aktres popular Robin Williams.

Filem tersebut mengisahkan perjalanan hidup sebenar Patch Adams dan hajatnya untuk mentransformasikan sistem penjagaan kesihatan di AS.

Sambutan orang ramai yang menggalakkan telah melonjakkan filem tersebut sehingga mencapai tangga pertama dalam carta filem box-office.

Robin Williams (kiri) berlakon sebagai Hunter Patch Adams dalam filem 'Patch Adams'.

Selain itu, Adams ialah pengarang buku "Gesundheit!" Dalam bahasa Jerman, "Gesundheit!" bermaksud kesihatan yang baik.

Adams mendekati isu personal, komuniti dan kesihatan global dengan "penuh bersemangat". Ini kerana doktor lawak ini percaya "tindakan paling revolusi yang boleh dibuat dalam dunia ini adalah menjadi gembira."

Adams kini menetap di Arlington, Virginia. Tetapi menerusi promosi gaya perubatan "ala-lawak" beliau, sentuhan Adams dirasai di merata-rata tempat di seluruh dunia.


Baca Seterusnya...